Wednesday 28 August 2013

AHLI UMNO SANDAKAN MAHUKAN KETUA BAHAGIAN MUKA BARU



Oleh: Shaimon S Jumadi



SERUAN Presiden UMNO Dato Seri  Hj Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak yang memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahli UMNO seluruh pelusuk negara khususnya di peringkat akar umbi untuk bertandingapa-apa saja jawatan yang sesuai yang mengikut syarat-syarat yang ditetapkan  harus disambut baik malah tidak perlu lagi dipertikaikan.

Hal Ini jelas mana-mana calon-calon BN khususnya daripada UMNO sendiri, Najib telah memberi ruang kepada muka-muka baru terutama sekali golongan muda untuk bertanding sama  ada ADUN mahupun ADR.

Jadi kalau ada orang yang mahu bertanding  untuk merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO di mana-mana saja termasuk UMNO Bahagian Sandakan berikan laluan jangan dipertikaikan dengan anggapan lawan tauke atau durhaka kepada pucuk pimpinan bahagian.

Salah satu jalan dan peluang sudah terbuka terhadap mana-mana ahli yang berniat dan berminat  untuk bertanding seruan Presiden UMNO itu harus disahut dan diterima  baik oleh semua perwakilan 27 ribu cawangan UMNO di Sabah yang membabitkan 25 Bahagian.

Shariff Osman Shariff  Shariff Abib Ahmad  yang merupakan Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Sandakan berkata  demikian kepada Sabahkini.Net kelmarin ketika diminta mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda Cawangan Kampung Air Semporna 1 Muhd Saifullah Minggu yang bertajuk “Seruan Najib Ahli-Ahli UMNO dibolehkan bertanding disambut baik” yang tersiar di Portal Online Sabahkini. Net pada 24-08-2013.

“Jadi tindakan Pengerusi Tetap Persidangan UMNO Bahagian Sandakan  iaitu Sahari Ahmad yang menawarkan dirinya untuk bertanding merebut  jawatan Ketua Bahagian UMNO Sandakan pada pemilihan nanti pada bulan Oktober ini tidak salah dan beliau juga tidak boleh dianggap mendurhaka kepada pucuk pimpinan UMNO Sandakan yang ada sekarang,” ujarnya.

"Sebab dalam konteks ini ramai ahli-ahli UMNO  di peringkat Bahagian, Cawangan mahukan perubahan besar dalam system kepimpinan yang denamik untuk merobah segala-galaya terutama sekali untuk membantu kepada Ketua-Ketua cawangan dan ahli-ahli biasa UMNO dalam  menikmati kehidupan yang lebih cerah di masa akan datang,” terang Shariff lagi.

Shariff juga yang bakal bertanding untuk merebut jawatan Naib Ketua Bahagian UMNO Sandakan pada pemilihan ini nanti sama sekali tidak berniat untuk melanggar dasar-dasar perjuangan UMNO  tetapi menentang kepada dasar-dasar perjuangan yang tidak telus itu.

Shariff yang bakal berdepan dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sandakan yang juga selaku Ketua Pemuda UMNO Negeri selama menerajui kepimpinan Pemuda Bahagian Sandakan tidak membawa sebarang manafaat kepada pemuda-pemuda Bahagian mahupun pemuda di peringat cawangan.

"Perlu saya tegaskan di sini, seandainya Sahari diberi mandat oleh para perwakilan sehingga mencapai kejayaan bagi menjawat-jawatan Ketua Bahagian UMNO Sandakan satu saja saya minta ini amanat yang perlu disemai pertama para perwakilan yang mempunyai jawatan Pengerusi JKKK, Penyelia Kemajuan Masyarakat, Pemaju Mukim termasuk jawatan  Pegawai Kemajuan Masyaraat (CDO), walaupun semasa pemilihan jawatan Ketua Bahagian mereka tidak mengundi Sahari Ahmad dan mereka berpihak kepada Ketua Bahagian yang kecundang,"katanya lagi.

"Semua mereka yang menyandang jawatan-jawatan seperti yang saya huraikan itu tolong jangan digugurkan. Mereka terus dikekalkan untuk memegang jawatan-jawatan tersebut, ini salah satu sebab dengan adanya kepimpinan baru muka baru sistem pilih kasih sistem 'family' dalam pentadbiran sistem birokrasi aksn dihapuskan dan tiada  timbul rasa dendam- mendendam antara satu sama lain. Kita mahu pimpinan yang baru nanti dan bersikaplah open minded  dan telus juga ikhlas,” jelas Shariff lagi.

Sambil itu Shariff menyarankan Jawatan Ketua Bahagian UMNO di bahagian lainnya seperti UMNO Kinabatangan, Batu Sapi, Beluran, Semporna dan Libaran terus dikekalkan tidak perlu ditandingkan kerana mereka  sebagai Ketua Bahagian yang banyak membantu kepada  ahli-ahlinya dalam pelbagai aspek khususnya mengharungi kehidupan yang baik berbanding ahli-ahli UMNO Sandkan yang terus bergelombang dengan tahap kemiskinan tegar yang tidak selari dengan konsep dan slogan 'Rakyat didahulukan Pencapai diutamakan'  menyimpang lebih jauh matlamat dan tujuan asal.

No comments:

Post a Comment