Friday 23 August 2013

BANGUNAN-BANGUNAN BANDAR TAWAU PERLU DICANTIKKAN



Oleh: Shaimon S Jumadi




BANDAR TAWAU.....Kelihatan Bangunan/rumah kedai di Bandar Tawau perlu dipelihara  sebagai bangunan  bersejarah

SEBAHAGIAN bangunan lama yang masih berdinding papan bertiangkan kayu yang berusia lebih 50 tahun termasuk juga bangunan konkrit yang agak  lama juga usianya yang tidak terurus terletak di Sabindo  yang kelihatan kusam dan lusuh perlu dibersihkan dan dicantikkan lagi.

Beberapa deratan bangunan papan yang masih kukuh yang  dijadikan kedai dan sebagainya perlu dipelihara kerana  ia merupakan bangunan yang tertua dan boleh dijadikan sejarah  dan bangunan Warisan kepada golongan generasi muda khususnya penduduk daerah Tawau masih bertuah  kerana masih  dapat melihat kewujudan  bangunan lama.

Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PPRS) Datuk  Mohd Jeffrey Rosman menyarankan kepada  Ahli Dewan Undangan  (ADUN) Kawasan Sri Tanjung Chan Foong Hin supaya mencari peruntukan  untuk mengecat semula beberapa bangunan yang catnya sudah pudar dan  perlu dinaik taraf sebagai bangunan yang tercantik walaupun bangunan itu papan.

Jeffrey berkata  kerana kebanyakkan bangunan-bangunan yang disebutkan itu bukan saja kusam dan lusuh bahkan menjijikkan mata memandang terutama sekali di mata para pelancong luar yang kerap datang ke daerah nombor tiga terbesar di Sabah.

Bukan itu sahaja tambah Jeffrey di lorong bangunan Bandar Sabindo kelihatan terlalu kotor banyak timbunan sampah sarap bertaburan di sana sini tanpa di kutip oleh pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Dalam hal ini ADUN berkenaan harus turun padang untuk melihat sendiri keadaan sebenar justeru menghubugi pihak yang berkenaan.

“Longgokan sampah  yang tidak dikutip dan bertaburan di merata deretan bangunan yang disebutkan itu jelas telah menjadi tumpuan  tumpuan tikus-tikus berkeliaran mencari sisa-sisa makanan yang dibuang dan ini juga kalau tidak dipantau bermacam-macam wabak penyakit  akan datang menyerang manusia terutama  sekali penghuni bangunan berhampiran,” jelas Jeffrey.

No comments:

Post a Comment