Wednesday 28 August 2013

BARISAN NASIONAL vs DAP = PAMPASAN RM30 RIBU PETISYEN PRU 13!


Oleh: Shaimon S Jumadi
Foto:Saffie S Jumadi





MENANG.....Gambar kelihatan MP DAP Sandakan Wong bergambar  di luar Bangunan Mahkamah Tinggi Sandakan dengan para penyokongnnya setelah diisytiharkan menang dalan kes petisyen PRU 13




MAHKAMAH Tinggi Sandakan  telah menolak  Petisyen Piiihanraya Umum (PRU) ke 13 yang dikemukakan oleh  Datuk Liew Vui Keong selaku Plaintiff, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sandakan terhadap  calon Parlimen (DAP) Sandakan   Stephen Wong Tien Fatt  sebagai Defendan  kerana memprotes  kegagalan pihak defendan  membubuh cap daripada pihak MPS ke atas banner  termasuk nama pencetak ke atas poster.

Dalam kes pembicaraan selama 2 jam yang dikendalikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi  dalam hujahnya yang panjang lebar, pihak  plaintiff telah gagal  menunjukkan bukti yang sahih kepada peguam  bela& cara defendan  itu, Tetuan Lim Shee Wee & Co.  dihadapan hakim berkenaan mengenai dakwaannya.

Menurut Hakim Mahkamah Tinggi Sandakan,  dakwaan Plaintif terhadap pihak defendan telah meragukan  ekoran pihak pendakwa tidak telus dan tidak jelas dakwaannya kepada defendan.

Setelah diteliti oleh pihak Hakim Mahkamah,   didapati plaintif tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa kepada defendan, lantaran hakim Mahkamah telah menolak petisyen tersebut  dan mengisytiharkan defendan Stephen Wong menang terhadap kes tersebut. Walau bagaimanapun pihak Plaintif Datuk VK Liew terpaksa mengganti rugi kos pembiayaan guaman yang ditanggung oleh defendan sebanyak RM30,000.00

Terdahulu yang turut hadir dalam kes pembicaraan  itu ialah Ahli Parlimen (DAP) Kota Kinabalu, Chan Fook Hin  ADUN   Seri Tanjung, Dr Edwin Bosi ADUN Kepayan (DAP)  dan Junz Wong ADUN Likas.

No comments:

Post a Comment