Saturday 3 August 2013

BONUS HARI RAYA MANFAAT UNTUK YANG BEKEPERLUAN





Oleh : Syed Kamal


 PERIHATIN..Afidah memberi reaksi positif  pemberian bonus dan bantuan khas oleh kerajaan persekutuan dan negeri kepada kakitangan awam menjelang Aidilfitri dalam satu sidang media semalam.

Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan pesara sebanyak RM250.

Timbalan Pengerusi PRIBUMIS Tuaran, Afidah Bujang  menyifatkan bonus itu sebagai hadiah Aidilfitri selain mampu mengurangkan beban kewangan mereka yang berpendapatan rendah.

" Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan saya yakin pemberian bonus dapat menambah kemeriahan musim perayaan ini kepada mereka " katanya.

Menurutnya lagi, PRIBUMIS turut mengucapkan terima kasih  kepada kerajaan negeri kerana memberi bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bagi setiap penjawat awam negeri dalam kelompok jawatan Gred 1 hingga Gred 54 termasuk kakitangan sambilan negeri ini.

Bayaran  yang akan di buat sebelum menjelang Aidilfitri  di umumkan oleh YAB Ketua Menteri Datuk seri Panglima Hj Musa Hj Aman kelmarin bukti  keperihatinan kerajaan di bawah pimpinannya.
    
Pemberian bonus dan bantuan khas itu adalah tepat pada masanya bagi kakitangan awam yang sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri.


No comments:

Post a Comment