Monday 5 August 2013

BUDAYA KUNJUNG-MENGUNJUNGI PEMANGKIN KEMAKMURAN NEGARA-NASIR SAKARAN

Oleh : Arshad Hussin

DENGAN RASMINYA...Nasir(dua kanan) diringi A.M.Ibnu(depan dua kiri);Abdullah Sukka(kanan);OKK Musa (dua kiri) dan Imam Loseman Linjal Al-Hafidz(kiri)memotong pita sempena merasmikan masjid Al-Tafsi Kampung Tampi-Tampi,Semporna.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasang Senallang, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, menyarankan rakyat negeri ini terus mengamalkan budaya hormat menghormati dan saling kunjung mengunjungi sempena sambutan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

ASNAF FAQIR...Nasir(kanan) dibantu Hamad Mokhtar(dua kanan) menyampaikan Zakat Asnaf Faqir kepada salah seorang penerima di Kampung Tampi-Tampi,Semporna.

Katanya, telah terbukti sejak sekian lama hanya keadaan aman makmur dan selamat yang mampu memeriahkan sesebuah perayaan dan ianya harus dipertahankan dengan saling hormati menghormati kebudayaan sesuatu kaum sebagai pemangkin ke arah kestabilan politik;kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.


Nasir berkata, perasaan muhibbah itu perlulah disemai kepada generasi baru negara ini demi melestarikan amalan bersatu padu dan perasaan muhibbah berteraskan semangat perpaduan kaum dalam konteks gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.


Nasir menegaskan, perasaan kasih sayang sesama manusia juga merupakan fitrah dan realiti yang seharusnya diterima oleh setiap manusia. Katanya,rakyat negara ini cukup bertuah kerana menyambut setiap perayaan dalam keadaan aman dan makmur serta harmoni tanpa perbezaan kaum meskipun berlainan suku bangsa, anutan agama serta fahaman politik.


Justru itu katanya,semangat perpaduan itu hendaklah dipupuk demi kesejahteraan hidup masyarakat majmuk negara ini.


Nasir berkata demikian sempena majlis Ziarah Ramadhan di tiga buah kampong dalam zon Tampi-Tampi dan Zon Pakalangan termasuk kampong Imam Lauhari, Tampi-Tampi;Kampung Bubul Laut dan Kampung Terusan Pulau Bum-Bum dalam kawasan Dun Sulabayan.


Hadir sama sempena majlis itu,Adun Kawasan Sulabayan merangkap Pengerusi Safma,Datuk Jaujan Sambakong;Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Ketua Daerah Semporna,OKK Musa Sabaani; Pegawai Tadbir Kanan Jheains Daerah Semporna,Imam Loseman Linjal Al-Hafidz;Pegawai Jheains,Haji Hamad Mokhtar serta pemipin-pemimpin masyarakat kampong dan tempatan.


Sempena majlis itu Dato Sri Nasir merasmikan masjid Al-Tafsi Kg.Tampi-Tampi; Menyampaiakn Bantuan Masjid dan Surau;menyampaikan bantuan Zakat Asnaf faqir Miskin; Bantuan Makanan KEMAS serta bantuan zakat Adun dan zakat pribadi kepada kepada penduduk dan faqir msikin.

 
Nasir yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna, menasihatkan semua umat Islam yang balik berhari raya menggunakan jalan darat memandu dengan berhemah,sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya serta mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.


Katanya,janganlah hendaknya kemeriahan hari lebaran yang akan menjelang beberapa hari sahaja lagi  dicemari dengan perkara-perkara yang tidak diingini kerana meskipun bulan Ramadhan bakal berlalu dan disambut oleh bulan Syawal namun,semangat Ramadhan hendaklah disemarakkan dalam jiwa sepanjang tahun.


Nasir yang juga Pengerusi Perbadanan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) dan isteri, Datin Hajjah Rokiah Haji Badar serta seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat Islam,kepada anggota dan pasukan keselamatan yang bertugas di perbatasan Negara termasuk  anggota Polis DiRaja Malaysia dan semua kakitangan awam yang bertugas dihari lebaran khususnya masyarakat Islam Daerah Semporna.



Sehubungan itu Nasir dan isteri serta keluarga menjemput semua penduduk daerah itu meraikan sambutan aidilfitri di majlis Rumah Terbuka mereka dikediaman Kampung Air pada hari raya pertama bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.

No comments:

Post a Comment