Monday 26 August 2013

CARI CALON KETUA BAHAGIAN ORANG KAYA



Oleh: Shaimon  S Jumadi



TIDAK dinafikan sebilangan  besar ahli-ahli politik  suka mencari calon untuk dijadikan pemimpin yang terdiri daripada golongan konglomerat khususnya orang kaya walaupun seseorang itu tiada mempunyai wajah ciri-ciri kepempinan tapi  masih dihormat kerana pakej 'KAYA'.

Kekayaan seseorang itu begitu mudah disanjung sama ada orang itu bajingan ataupun sebaliknya disebabkan mereka mempunyai kereta mewah dua tiga biji didepan rumah, manakala rumah banglow dihuni isteri-isteri cantik belaka seramai dua tiga orang. Hatta orang yang berkedudukan sebegini mereka calonkan untuk menjadi Ketua bahagian kerana memiliki pakej 'KAYA' bukannya atas dasar prinsip daya kepimpinannya tersendiri.

Soal menang atau kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian bukan persoalan utama kerana mereka yakin dengan menggunakan politik wang akan mampu meraih kemenangan dengan mudah. Sebagai balasannya calon kaya yang menang bakal mendapat projek top up yang membolehkan mereka berurusan dengan para Menteri bagi merangkul projek-projek Mega kelak.

Bagaikan mengantuk disorongkan bantal buat para 'tukang Canang' kepada calon, inilah masa dinanti-nanti untuk mengumpul wang kopi kerana calon-calon sebegini sanggup menghambur wang beribu dalam sehari.

Saban hari rumah calon dipenuhi oleh para penyokong calon bermula jam 8 pagi sehingga 9 malam untuk menunggu habuan masing-masing. Setiap penyokong pastinya pulang dengan muka senyum 'joker' kerana diberikan wang oleh calon.

Bukan saja para penyokong, wartawan dan para media turut 'ampit' wang kopi tersebut, bukannya sedikit kerana biasanya satu berita disiarkan bakal mendapat paling sedikit RM100.

Yang bakal bertanding untuk dipasang calon lawan Ketua Bahagian itu dalam 10 orang penyokongnya barang kali hanya 40 peratus memang betul-betul setia sebab kalau bosnya menang ikut juga tumpang sedikit kesenangan. Manakala yang lebihnya 60 peratus mahu mencari kesempatan dalam kesempitan konon-kononnya  setia pada hal pada waktu siang di rumah team A malam pula di rumah team B macam-macam cerita disampaikan tujuannya untuk mendapatkan 'pulus' juga.

Sebagai kesimpulannya orang-orang yang suka melagak-lagakan itu amat bahaya daripada musuh sebab mereka ini diibaratkan gunting dalam lipatan.

No comments:

Post a Comment