Sunday 18 August 2013

HARI PELANGGAN POLIS DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN



Oleh: Shaimon S Jumadi
Foto: Saffie S  Jumadi

 

 

TEMUBUAL...DSP Ooi sedang ditemubual mengenai objektif Program Hari Pelanggan PDRM dengan Masyarakat


RAKAN COP adalah medium perantaran untuk merapatkan jurang antara polis dan masyarakat kerana ia mengambil konsep yang  mudah dan praktikal untuk merealisasikan ikatan hubngan kukuh dengan orang ramai melalui pendekatan yang lebih jelas mudah, bersepadu dan tersusun.

Program RAKAN COP adalah bersifat 'Community Oriented Policing' dan 'Smart Partnership', pendekatannya adalah dengan menggalakkan pembabitan orang ramai menggembeling tenaga untuk memerangi jenayah apa jua masalah keselamatan di sekeliling.

Antara impak positif  dari pelaksaan program RAKAN COP adalag terbahagi tiga kategori seperti berikut:-

01.  Memberi kesan sivik kepada  masyarakat mengenai pelbagai sudut keselamatan.
02.  Mengeratkan hubungan mesra antara polis dan masyarakat untuk meningkatkan lagi keyakinan rakyat kepada polis
03.  Memberi maklumat yang tepat untuk manfaat seluruh masyarakat.


Demikian dijelaskan sendiri oleh DSP Ooi Guan Siew kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net semasa ditemubual eksklusif  sempena  Progran Hari Pelanggan  Polis 'PDRM Bersama Pelanggan' anjuran Ibu Pejabat Polis Sandakan yang diadakan  di Pasar Malam Minggu di Bandar Kim Fung dekat sini malam tadi.


Kata Ooi Program tersebut diadakan  pada setiap bulan minggu ketiga pada Hari Sabtu dengan tujuan turun padang untuk berjumpa dengan masyarakat bagi menerima pelbagai aduan  antaranya mengenai rasa tidak puas hati dengan khidmat polis dan juga mengenai  jenayah di sekeliling.

"Disamping itu juga program seumpama ini memberi ruang dan peluang kepada orang ramai yang mungkin tidak bebeberapa selesa  pergi ke Balai-Balai  Polis yang berhampiran untuk membuat aduan lantas dengan adanya program  sebegini mereka boleh melaporkan tanpa pergi ke Balai Polis," jelas Ooi.


Ooi menjelaskan Program Hari Pelanggan Polis ini diadakan setiap bulan minggu pertama  di Ibu Pejabat Polis Jalan Pantai  dan sambutannya amat   menggalakkan daripada penduduk setempat.


Sempena Hari Pelanggan Polis pihaknya mengadakan pameran pelbagai jenis bahan narkotik  untuk  tatapan dan tontonan pengunjung.

No comments:

Post a Comment