Saturday 17 August 2013

JABATAN PERIKANAN DIGESA BATALKAN BOT LESEN PUKAT TUNDA YANG LANGGAR UNDANG-UNDANG


Oleh: Shaimon S Jumadi


                                                      PASARAN ....Suasana  aktiviti pasaran ikan di Kg.Tampurong


PARTI  Keadilan Rakyat  (PKR) Beaufort hari ini mengesa Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah khususnya Jabatan Perikanan Negeri Sabah mengambil tindakan segera keatas kegiatan melanggar hak anak tempatan dalam usaha meningkatkan ekonomi melalui Projek Takun Raas di Kg.Tampurong dekat sini.


Perkara ini dijelaskan sendiri oleh .Taufick Hj.Ruschi, Pemangku Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Beaufort  kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net melalui  panggilan telefon malam tadi.

  
        
CUKUP SEDAP....Kelihatan  Timbalan Pengarah Perikanan Negeri Sabah En.Jephrin Wong menikmati hidangan semas beliau melawat di Kg.Tampurong


Beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Sabah berkata, ada lebih baik kerajaan melalui Jabatan Perikanan Negeri membatalkan sahaja lesen Pukat Tunda yang diberikan kepada pengusaha terbabit kerana mereka bukan sahaja melanggar peraturan lesen dikeluarkan malah telah mengakibatkan kerosakan teruk Takun Tiruan atau Raas yang diusahakan oleh penduduk Kg.Tampurong dengan kerjasama Gerakan Desa Wawasan Kg.Tampurong.


Taufick  yang membuat lawatan setelah  dan  mendengar sendiri rintihan penduduk di Kg Tampurong sambil menyatakan  kedegilan pengusaha mematuhi nasihat Timbalan Pengarah Perikanan Negeri , Jephrin Wong yang datang ke Kg.Tampurong baru-baru ini telah menunjukkan pengusaha Pukat Tunda berkenaan tidak mempunyai nilai  perikemanusiaan sehingga sanggup melakukan pencerobohan haram dan merosakkan Takun Tiruan yang diusahakan rakyat.


Dalam pada itu, Taufick juga berharap pihak Kementerian dan Jabatan Perikanan mengambil perhatian untuk mengujudkan satu tempat khas kepada nelayan di Kg.Tampurong memasarkan hasil tangkapan ikan mereka dan menjadikan Kg.Tampurong sebagai hub pasaran ikan segar bagi Kuala Penyu.

“Melihat potensi besar Kg.Tampurong sebagai satu destinasi pelancongan ,saya yakin usaha tersebut akan mampu mengujudkan peningkatan ekonomi kepada penduduk di sana malahan kepada daerah Kuala Penyu itu sendiri,” ujar Taufick.

No comments:

Post a Comment