Sunday 18 August 2013

JAWATAN KETUA & TIMBALAN KETUA PEMUDA/WANITA UMNO BAHAGIAN JADI REBUTAN



Oleh: Shaimon S Jumadi
Foto: Saffie S Jumadi



                          WAWANCARA....Isyak bakal calon Timbalan Ketua Bahagian UMNO Sandakan ditentang 4 penjuru



 

JAWATAN Ketua Bahagian UMNO Sandakan yang kini disandang oleh Tan Seri Hj Ampong Puyon selama hampir 20 tahun  kali agak tergugat apabila   Datuk Hj Awang Sham Hj Wang Hamid Timbalan Ketua Bahagian UMNO dan Shari Ahmad Pengerusi Tetap Persidangan  UMNO masing-masing merebut jawatan tersebut pada pemilihan yang dijadualkan pada 19 Oktobter 2013 mesyuarat serentak seluruh Malaysia.





                                NORAINI....Bakal bertanding  merebut jawatan Ketua Wanita Bahagian UMNO Sanndakan.





Menurut Sahari tujuannya untuk menentang  khususnya merebut Jawatan Ketua Bahagian UMNO Sandakan adalah untuk menyahut seruan kepimpinan Transformasi  bagi membela bukan sahaja setakat  nasib ketua-ketua cawangan bahkan untuk membantu ahli-ahli UMNO yang setia dalam beberapa aspek.





                                                     SAHARI...Bakal jadi Ketua Bahagian UMNO Sandakan  2013/2017?
 



"Selama 20 tahun UMNO  Sandakan yang diterajui  oleh Ketua Bahagian sekarang  tiada membawa sedikit perubahan kerana kehidupan ketua-ketua cawangan masih di paras kemiskinan berbanding ketua-ketua cawangan UMNO di kawasan Beluran  di bawah pimpinan Ketua Bahagiannya Datuk James Ratib," kata Sahari kepada Wartawan Kanan Sabahkini.net melalui panggilan telefon kelmarin.



“Kita mesti tukar pemimpin yang tidak membawa sebarang kemajuan dan keuntungan kepada ahli-ahli dan kita gantikan  dengan pemimpin yang berjiwa rakyat yang mempunyai misi, visi dan berpandangan jauh terutama sekali  yang dapat membela ahli ahlinya bukannya suka makan kenyang sendiri,” tegas Sahari.



“Saya bertanding Ketua Bahagian bukan bererti saya menentang dasar-dasar perjuangan  parti UMNO tetapi saya bertanding menentang terhadap kepimpinan Ketua Bahagian UMNO Sandakan yang sudah tidak lagi relevan. Semua ahli UMNO mahu menukar pucuk pimpinan UMNO Sandakan kepada muka-muka baru,” ujarnya lagi.



Sementara Ishak Hj Yusof Apuk semasa ditemubual menjelaskan beliau juga akan bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO yang bakal direbut lima  penjuru pada pemilihan nanti.


Katanya, tujuan beliau bertanding jawatan tersebut kerana akan membetulkan pertadbiran dan perjalanan sistem pentadbiran UMNO Sandakan yang selama  ini sama ada ketua-ketua cawangan termasuk ahli-ahli UMNO tidak mendapat pembelaan kalaupun ada hanya tak sampai 30 peratus yang hidup dalam serba serbi kemewahan itupun hanya keluarga terdekat dan kroni-kroni sahaja.


Sebagai Ketua Bahagian adalah diibaratkan jambatan untuk rakyat berkomunikasi kepada pihak-pihak atasan tetapi malangnya tidak menjadi kenyataan malahan kehidupan ketua-ketua cawangan semakin terhimpit,” ujar Ishak lagi.


Manakala jawatan  Ketua Pemuda dan Ketua Wanita UMNO Sandakan juga bakal menjadi  rebutan kerana kedengaran nama mantan Ketua Puteri UMNO Bahagian Sandakan Puan Noraini Sulong kerap menjadi sebutan dan beliau sendiri akan menawarkan diri untuk bertanding Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan pada pemilihan ini nanti untuk menentang Ketua Wanita yang kini disandang oleh Puan Hasnah Hj Tahalil.



Wartawan Kanan Sabahkini.Net  yang tidak memihak mana-mana calon  kini sedang mencari maklumat mengenai perkembangan semasa UMNO Sandakan  untuk dijadikan bahan cerita sengit  panas dan sensasi ini  untuk terbitan Portal Online Sabahkini.Net.

No comments:

Post a Comment