Tuesday 27 August 2013

KEPIMPINAN YANG TELUS KETUA BAHAGIAN BERPANJANGAN



Dari Meja Ketua Biro Sabahkini.Net
Shaimon S Jumadi




ADA beberapa sebab kenapa Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang lainnya perlu dkekalkan sehingga ada yang empat penggal dan tidak  perlu di tukar kepada orang lain, kita harus mencari jawapannya sendiri.

Ahli-Ahli UMNO sama ada di peringkat Bahagian, Cawangan dan akar umbi  mereka telah menilai dengan teliti sejauh mana daya kepimpinan seseorang yang menjawat jawatan Ketua Bahagian, pertamanya ketelusan, keikhlasan, tidak bersikap pilih kasih berpandangan jauh kedepan pandai merancang untuk pembangunan rakyat di setiap kawasan atau bahagian yang diwakili.

Sistem kekeluargaan dalam menerajui dalam kepempinan dalam bahagian  harus dikikiskan;  suka mendengar pandangan-pandangan  yang boleh dikongsi sama untuk merancangkan sesuatu benda yang berkait rapat dengan pembangunan insan sejagat dalam aspek kehidupan ahli-ahlinya supaya  mereka tidak terpelihara di sana sini atau bahasa rasminya jadi pengemis di lain-lain bahagian untuk mendapatkan  sesuatu projek.

Kepimpinan yang dinamik seperti yang saya katakan di awal-awal tadi ianya membolehkan jangka masa panjang untuk menerajui kepimpinan dalam satu-satu Bahagian. Bukan itu saja malahan ahli-ahli   mempunyai semangat  timbulkan rasa  kasih sayang kepada ketua-ketua Bahagian yang bersikap sedemikian  lantaran tiada sesiapa yang berfikiran untuk menentangnya sebab mereka telah dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Sebagai contoh yang terdekat kenapa Ketua Bahagian UMNO Libaran, Kinabatangan, Beluran, Batu Sapi dan juga Semporna dicarikan calon? Setahu saya tiada orang yang mencadangkan untuk memasang seseorang untuk bertanding bagi merebut jawatan Ketua Bahagian pada pemilihan yang akan dilangsungkan serentak di seluruh Malaysia pada Oktober ini.

Kesimpulannya kenapa mereka tiada yang mahu bercadang untuk bertanding jawatan yang saya maksudkan sebab mereka mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang denamik suka ambil tahu apa sahaja permasalahan ahli-ahlinya tidak kira mereka itu AJK Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan, Pemuda, Wanita, Puteri dan ahli-ahli biasa mendapat perhatian yang sama.

Satu perkara lagi yang perlu dijelaskan apabila  seseorang itu bertanding untuk merebut  jawatan Ketua Bahagian, mereka terus dilabelkan sebagai penderhaka kepada pemimpin atau lawan tauke. Hal ini tidak benar kerana perebutan berlaku  disebabkan  beberapa faktor yang munasabah.

Pertama, mungkin mereka atau ahli-ahlinya sudah bosan terhadap sikap Ketua bahagian itu yang tidak mempunyai wawasan untuk membantu ahli-ahli  maju ke hadapan dalam mengharungi kehidupan  yang lebih selesa.

Kedua, terdapatnya sistem kekeluargaan sama ada dalam pentadbiran di pejabat-pejabat Bahagian termasuk  'family system' dalam carta  barisan jawatankuasa contohnya  bapanya Ketua Bahagian, adik Timbalan Ketua, Naib menantu, anak Ketua Pemuda dan cucu pula bakal bertanding Ketua UMNO Bahagian. Senario sebegini kalau terus diamalkan akan merosakkan kepimpinan diri sendiri malah ahi-ahli tentunya bosan dan berpaling tadah.

Ekoran daripada timbulnya sistem seumpama ini, lantas tercetuslah rasa kemarahan dan rasa kebencian ahli-ahli itu sendiri terhadap sikap Ketua Bahagian yang tidak adil. Ketidakadilan ini seolah-olah menunjukkan bahawa parti UMNO ini milik 'sendirian berhad' tanpa memberi peluang kepada ahli lain menjawat sebarang jawatan dalam parti.

'Coretan Politik Semasa' hanya sampai di sini dahulu, Insya Allah  kita akan sambung cerita ini setelah saya  mendapat maklumat. Sebagai Wartawan Kanan/Ketua Biro Sabahkini Net Wilayah Sandakan-Semporna-Tawau yang tidak berpihak mana-mana kumpulan  A kah B kah C kah, saya  akan sentiasa  mengikuti perkembangan perjalanan  politik UMNO di Sabah dari masa ke semasa, esok saya pulang ke Semporna untuk mencari bahan untuk terbitan Portal Online   Sabahkini.Net

No comments:

Post a Comment