Monday 5 August 2013

KERAJAAN SABAH PATUT MENGHADKAN MASA PERNIGAAN HYPER & SUPERMAKET



Kepada Editor Sabahkini.net,

Sabah hari ini telah di penuhi berpuluh-puluh Hyper dan Supermaket, di kota kinabalu saja suda ada 5 buah Hypermaket dan hampir 12 buah supermaket yang saiz sekurang-kurangnya 20000 sq.

Dengan hanya mengambil contoh sekitar bandaraya saja, pihak Giant Malaysia memiliki 3 buah Hyper dan 7 buah Supermaket, dan Servey Hypermaket 2 buah, serta diikuti supermaker lain di sekitar kk.

Persoalan kita adakah Sabah mempunyai bilangan penduduk yang padat, sehingga memerlukan Hypermaket dan supermaket yang sebegitu banyak dan padat?  
Apakah kerajaan sabah, terutamanya Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, pihak yang berkuasa yang mengeluarkan Licence perniagaan menurusi PBT itu, tidak sedar apabila meluluskan Lincence ini, memerlukan syarat yang ketat?

Contoh seperti jarak antara Hypermaket ini antara satu sama lain mestilah sekurang-kurangnya dalam 15 km, akan tetapi apa jadi antara 2 Hypermaket Giant kolombong dan Giant Citymall, hanya tidak sampai 5 km saja jaraknya. Justeru itu, persoalan kita apakah rasionalnya pihak kerajaan sabah boleh mengeluarkan Lincence Hyper ini?

Kami bukan persoalkan pihak ahli perniagaan dari luar sabah yang ingin berniaga di sabah. Akan tetapi pihak kerajaan juga patut menjaga periuk nasi serta nasib para perniaga kecil kedai runcit di sabah. Hari ini bukan saja mereka terpaksa bersaing dengan para Hypermaket ini dengan harga yang murah malah memberi tawaran harga menggila kepada pengguna.

Justeru itu pihak kedai runcit adalah payah bersaing dengan Hyper ini. Disebabkan para peniaga Hyper dapat membeli dengan banyak serta murah dari pembekal jika dibandingkan dengan para pekedai runcit.

Memang tidak dinafikan tawaran harga gila dan murah ini memberi manfaat untuk rakyat Sabah, namun hakikatnya apa pula yang akan jadi terhadap pekedai-pekedai tempatan?

Alamatnya mereka bakal gulung tikar, justeru itu kerajaan sabah patut mulai hari ini membekukan pengeluaran licence lagi untuk Hypermaket dan supermaket di Sabah. Melainkan memberi pengecualian khas kepada daerah-daerah yang tidak mempunyai supermaket serta memenuhi syarat seperti kawasan itu mempunyai penduduk yang padat umpamanya. Kerajaan sabah seharusnya tegas dalam soal ini, serta jangan meluluskan lagi lincence kedai mini mart.

Hal ini kerana dikhabarkan ada sebuah Hypermaket dari Semenanjung yang sedang beroperasi di Sabah diketahui sedang merancang untuk membuka 500 buah lagi mini supermaket di seluruh Malaysia.

Kita berharap agar kerajaan bertegas di sini demi mengaga periuk nasi orang tempatan Sabah. Kita juga berharap agar kerajaan sabah dapat mencontohi kerajaan selangor yang menghadkan masa perniagaan Hypermaket ini, demi memberi nafas pada pekedai-pekedai runcit.

Masa perniagaan suoermarket dan hypermarket haruslah dijadualkan semula bermula dari jam 12.00pm sehingga 9.00pm pada hari Isnin-Jumaat dan hujung minggu bermula jam 11.00am hingga 9.00pm.

Semoga dengan adanya kawalan masa perniagaan ini, akan dapat membantu pekedai -pekedai runcit akan dapat mendapat peluang masa awal pagi dan lewat malam untuk merebut sisa-sisa peluang dari Hypermaket dan supermaket ini.

Pihak kerajaan Sabah harus sedar, dengan meluluskan sebegitu banyak Hyper dan supermaket sebenarnya memberi manafaat besar kepada taukey besar, sementara itu taukey kecil pekedai runcit bakal gulung tikar kelak.

Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Sabah untuk membela pekedai-pekedai runcit seperti kami. Ini kerana, kami adalah pendokong dan penyokong BN selama ini, serta tetap akan menyokong kepimpinan ketua menteri Datuk Seri Musa Aman, selagi beliau memimpin Sabah.

Yang ikhlas,

Mohd Yunus Awang Ali
James Chin Nyuk Foh

Fazli Mat

No comments:

Post a Comment