Sunday 4 August 2013

KOPERASI PERTUBUHAN PRIBUMI ANAK SABAH BERHAD (KOPAS) UNTUK AHLI PRIBUMI’S



Oleh : Syed Kamal




PENAJA....Abdul Thani Lo ( duduk tengah) bersama sebahagian AJK Penaja Koperasi Pribumi Anak Sabah Berhad (KOPAS) selepas mempengerusikan mesyuarat.



Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S) menubuhkan sebuah koperasi yang dinamakan Koperasi Pertubuhan Pribumi Anak Sabah Berhad (KOPAS) dalam usaha membantu ahli ahlinya meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.


Pengerusi jawatankuasa penaja, yang juga Timbalan Presiden PRIBUMI’S Abdul Thani Lo berkata penubuhan koperasi itu juga selaras dengan dasar kerajaan yang menggalakkan rakyat berkecimpung dalam bidang perniagaan melalui koperasi.


Menurut Abdul Thani, Koperasi adalah sebuah institusi yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat. Banyak bentuk kebajikan yang boleh diberikan sekiranya koperasi itu benar-benar hidup. 


“Koperasi di Jepun banyak menubuhkan pasaraya dan harga barangan yang murah di pasaraya tersebut dapat dirasai dan dinikmati oleh ahli-ahlinya”,katanya.


Koperasi KOPAS dikhususkan kepada ahli-ahli PRIBUMI’S untuk menyertainya dan mesyuarat pertama penubuhan dan perlantikan Ahli Lembaga Pengarah koperasi itu akan diadakan pada 30 Ogos ini.


Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli ahli PRIBUMI’S di Sabah dan Semenanjung yang berminat dalam sektor koperasi dan tumpuan perniagaan koperasi itu ialah dalam bidang peruncitan, perladangan dan pelancongan.


Sebagai sebuah badan NGO, pertubuhan sewajarnya mempunyai satu sistem ekonomi yang kukuh. Banyak perkara berkaitan kebajikan masyarakat dapat dilaksanakan jika KOPAS mempunyai kewangan yang baik.


Ini bermaksud bahawa kebajikan ahli akan dapat dipenuhi disamping kebajikan masyarakat luar akan dapat dilipatgandakan.Untuk membuat kebajikan memerlukan kewangan. Sebuah NGO yang mantap sudah pasti mempunyai kewangan yang stabil. 


Turut hadir dalam mesyuarat penaja koperasi tersebut Naib Presiden PRIBUMI'S Jay Rahman, Datu Khuddar, Setiausaha Agung Sabariah Zainudin, Bendahari Agong Jun Onik, Ketua Satria Mitchum Angelo, Naib Ketua Penerangan Afidah Bujang, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) serta Pengerusi PRIBUMI'S daerah Kudat, Pensiangan dan Sook.

No comments:

Post a Comment