Monday 12 August 2013

KUMPULAN PANJI HITAM MAHU RAMPAS ISTANA




PANJI HITAM... Kad Ahli Empayar Langkasuka Nusantara


OLEH : SYED KAMAL 

KUALA LUMPUR : SEKITAR jam 4 semalam sekumpulan individu telah berhimpun di hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur dalam cubaan merampas Istana. Kumpulan ini terdiri seramai 8 orang lelaki dan 2 orang perempuan berpakaian serba hitam menaiki 3 buah kereta. 


Mereka mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah. 

                                     
Tangkapan telah dibuat terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers. Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tiada dijumpai sebarang barang atau senjata salah hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini. Setiap kenderaan di pasang bendera bertulisan kalimah tauhid dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua.

                                                    
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata pihaknya kini sedang menyiasat motif sebenar kejadian serta latar belakang kumpulan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 121 b Kanun Keseksaan kerana kesalahan terhadap kuasa Yang Dipertuan Agong, Raja, atau Yang Dipertuan Negeri.



No comments:

Post a Comment