Wednesday 28 August 2013

'PEMIMPIN BN DI BORNEO TAKUT TUNJUK KUASA MEREKA'




Oleh: Nigel Aw




             

Anggota kabinet dari Sabah dan Sarawak masih berdiam diri ketika kerajaan menguatkuasa larangan kepada bukan Islam untuk menggunakan kalimah 'Allah'.

Veteran politik Sabah Jeffrey Gapari Kitingan berkata perkara itu menunjukkan ketakutan para pemimpin BN Sabah dan Sarawak untuk bersuara, bukan sahaja mengenai isu kalimah 'Allah' tetapi juga kepada isu lain yang berkaitan Malaysia Timur.

Pemimpin Parti Reformasi Negeri (Star) itu berkata kebimbangan itu dilihat berterusan walaupun wakil rakyat Sabah dan Sarawak menguasai penggal kedua sebagai penentu dalam kerajaan persekutuan.     

Mereka menguasai satu perempat atau 33 daripada 133 kerusi Parlimen yang dimenangi BN dan kini membentuk satu pertiga daripada kabinet persekutuan, dengan 12 daripada 33 menteri datang dari Sabah dan Sarawak.

Dengan jumlah kerusi yang dimenangi BN dan Pakatan Rakyat di Semenanjung kekal pada status quo dalam pilihan raya umum 2013, Malaysia Timur semakin menyerlah sebagai medan tempur untuk menguasai kerajaan persekutuan. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment