Sunday 4 August 2013

PROJEK JALAN BATU SAPI TIDAK BERKUALITI SPRM HARUS CAMPUR TANGAN




Oleh: SHAIMON S JUMADI
Foto: SAFFIE S JUMADI





LAWAT…Wong membuat lawatan ketapak projek pembinaan jalan Batu Sapi yang tidak berkualiti SPRM harus campurtangan



AHLI Parlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong Tien Fatt, meminta Kerajaan Barisan Nasional (BN)  memberi penjelasan mengenai projek pembinaan  Jalan Raya dual carriageway Batu Sapi Fasa 1 belum sampaipun  dua tahun selepas siap pembinaannya   keadaan jalan tersebut bertambah buruk .




MENDAP…Wong menunjukkan jalan baru saja disiap belum sampai 2 tahun sudah mendap berlubang di sana sini



Wong bersama mantan calon DAP  DUN Karamunting Calvin Chong Ket Kuin telah membuat lawatan kerjanya sambil meninjau ketapak projek penglebaran  Jalan Batu Sapi kelmarin mendapati boleh dikatakan 70 peratus berlubang di sana sini dan  membayakan kepada pengguna jalan tersebut

.

“Jalan tersebut hanya sejauh 3.5km, tetapi Kerajaan BN pun tidak mampu menyiapkannya dengan baik ataupun memantau dan menjaga penjalanan projek itu, jadi apa lagi yang mereka mampu buat? Tanya Wong.


 Sehubungan itu Wong minta kerajaan Pusat BN  dan juga Tan Sri Pairin Kitingan, Menteri Pembangunan Infrastruktur Asas Sabah, supaya memberi penjelasan kepada rakyat jelata, kerana jalan raya itu dibina dengan menggunakan wang rakyat.




Sambil itu Wong juga telah  dimaklumkan bahawa Jalan Raya Batu Sapi  mula dibina pada bulan Februari 2010, dan pada jadual asalnya dijangka disiapkan  sepenuhnya pada tahun 2011. Sumber kewangan sebagai peruntukkan  untuk pembinaan jalan raya itu, berjumlah RM24 juta,  yang menggunakan peruntukkan  Kerajaan Persekutuan, dan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Infrastruktur Asas Sabah.


Wong hairan apabila dimaklumkan bahawa Projek tersebut diberi secara Direct Negotiation dan tanpa sebarang Tender Terbuka. Kini, Projek itu sudah  terlalu lambat disiapkan tempoh  selama 2 tahun untuk  Fasa 1 projek berkenaan.


Selanjutnya Wong juga ingin  bertanya kepada Kerajaan BN di peringkat Persekutuan dan Negeri, jadi siapakah yang harus bertanggungjawab, dan mengapa tiada Tender Terbuka untuk para kontraktor yang berkalayakan.


“Saya minta pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan  terperinci terhadap projek  tersebut kerana tidak memuaskan dari segi kualiti strukturnya  dan selanjutnya main contractor yang bertanggungjawab keatas projek tersebut harus  dipanggil dan di soal siasat kenapa jalan Batu Sapi boleh  jadi begitu keadaannya” ujar Wong.

No comments:

Post a Comment