Monday 5 August 2013

SEBANYAK 484 CAWANGAN UMNO ,MAHU KETUA BAHAGIAN DIKEKALKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

FOTO SAFFIE S JUMADI


WAWANCARA....Saifullah menjelaskan sesuatu semasa diwawancara mengenai perjalanan politik UMNO Semporna


DEMI mengukuhkan dan kestabilan perjalanan UMNO Semporna dan untuk mengelakkan adanya perpecahan dalam kalangan sesama  ahli UMNO sama ada dalam Bahagian mahupun di peringat cawangan termasuk Pemuda dan Wanita;  yang merupakan sayap kiri dan sayap kanan UMNO, ada baiknya Jawatan Ketua Bahagian UMNO  Semporna yang kini di Sandang  Oleh Datuk Hj Mohd Shafie Hj Abdal  agar tidak tandingkan pada pemilihan AJK Bahagian   menjelang  September ini nanti.


Kepimpinan Shafie Apdal sebagai Ketua Bahahgian UMNO Semporna yang begitu lama harus dikekalkan kerana 90 peratus para penyokong tegar UMNO daripada  akar umbi masih memerlukan khidmat Shafie untuk menerajui kepimpinan UMNO Semporna.



Memandandkan kepimpinan Shafie  yang tiada tolok bandingannya yang merupakan pemimpin yang berkarisma, dinamik, berjiwa rakyat, bersikap toleransi dan berwibawa  adalah wajar jawatan Ketua Bahagian yang kini disandangnya harus dikekalkan.


Dengan mengekalkan jawatan tersebut ia menjurus  kepada memberi laluan juga  bagi mengekalkan jawatannya  sebagai  Naib Presiden UMNO Malaysia yang merupakan satu-satunya anak jati  Semporna  yang dilahirkan di Sabah.


Kedudukan Shafie menyandang jawatan yang dimaksudkan itu jelas  membanggakan dan membakar semangat rakyat Sabah keseluruhannya   kerana Shafie juga memegang jawatan dalam Kabinet persekutuan menjawat-jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang banyak memaikan peranannya untuk membangun negeri Sabah dalam aspek pembangunan infrastruktur khususnya di kawasan luar Bandar.


Wartawan Kanan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan, Semporna, Tawau  telah mengadakan temubual eksklusif  kelmarin dengan Naib Pemuda UMNO Cawangan Kampung Air Semporna 1 yang juga merupakan seorang aktivitis masyarakat Muhamad Saifullah Minggu .


Antara lain menjelaskan kepimpinan Shafie di Semporna memang  masih diperlukan kerana beliau adalah pemimpin yang berjiwa rakyat dan sukar untuk  diganti  dengan orang lain  beliau sentiasa amat disenangi oleh seluruh rakyat di Semporna.


“Saya mewakili  484 pemuda UMNO Cawangan di Semporna amat penyokong sepenuhnya terhadap kepimpinan Shafie dan kami mahu tiada orang yang ingin mencabar untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian UMNO pada pemilihan ini nanti.


Walaupun UMNO adalah sebuah parti yang mengamalkan system demokrasi untuk membolehkan semua ahli-ahli yang ingin bertanding apa saja jawatan yang difikirkan sesuai akan tetapi demi mengelakan sebarang perpecahan dan perpaduan dalam UMNO yang sedia terjalin adalah wajar jawatan tersebut tidak dipertandingkan namun  sebaliknya terus dikekalkan” ujar Saifullah.


Dalam perkembangan yang berkaitan  manakala jawatan Naib Ketua Bahagian UMNO Semporna harus diganti yang mana jawatan tersebut masih disandang oleh Datuk Hj Ramlie Marhaban dan wajar diberikan kepada Datuk Hj Jaujan Sambakong yang merupakan ADUN Sulabayan.




Kata Saifullah lagi  284  cawangan daripada 484   sudahpun  mengistiharkan akan menyokong jawatan Naib Ketua Bahagian UMNO diberikan kepada  Jaujan  beliau juga seorang pemimpin yang berkarisma dan berkaliber.

No comments:

Post a Comment