Monday 19 August 2013

TANDING NAIB PRESIDEN : SALLEH PERANGKAP MUSA?







 
Saudara Pengarang,


Desakan supaya Ketua Menteri Sabah , Datuk Seri Panglima Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden UMNO kebelakangan ini merupakan satu permainan politik Datuk Seri Salleh Said yang merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Sejak kebelakangan ini , beliau (Salleh) seolah-olah memaksa dan menunjukkan Musa Aman akan bertanding jawatan tertinggi parti itu sedangkan Musa
masih tidak mengesahkan kedudukannya sama ada akan bertanding atau tidak.


Pada mulanya UMNO Bahagian Tuaran cuba menyatakan hasrat dan sokongan sekiranya Salleh akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO seperti yang dilaporkan sebelum ini , namun kelihatan jelas disini bahawa UMNO Bahagian Tuaran telah dijadikan 'boneka' oleh Salleh kerana pada keesokan harinya Salleh telah memutuskan untuk tidak bertanding jawatan itu dan menyarakan agar Ketua Menteri, Musa Aman diberikan sokongan untuk bertanding.


Seorang veteran UMNO yang tidak ingin dikenali berkata , Salleh pemimpin yang mempunyai  'game' tersendiri dan beranggapan bahawa Salleh berkemungkinan telah
berhubung dengan UMNO Bahagian Tuaran untuk menyatakan cadangan supaya beliau diberikan sokongan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Tindakan Salleh adalah semata-mata untuk mencari 'publisiti' dan apabila laporan itu tersebar maka beliau akan menjadi tumpuan dan dalam kesempatan itu beliau cuba mula 'mengampu' dan menunjukkan keikhlasannya , walhal semuanya adalah 'auta' semata-mata kerana Salleh berniat 'membunuh' karier politik Musa Aman kerana Salleh mengidam-idamkan jawatan Ketua Menteri.


Ramai yang beranggapan bahawa tidak ada keperluannya untuk Musa bertanding jawatan Naib Presiden UMNO kerana sudah ada wakil daripada Sabah yang lebih layak bertanding, pemimpin yang dimaksudkan mereka ialah Shafie Apdal kerana beliau merupakan Menteri Kabinet Persekutuan yang seharusnya layak mempertahankan jawatannya dengan kedudukannya sebagai Menteri Persekutuan.


Salleh yang semakin mendesak agar Musa bertanding sebenarnya mempunyai tujuan peribadi kerana sekiranya Musa Aman kalah, maka Salleh akan memulakan lagi 'permainan'nya yang akan menunjukkan bahawa Musa gagal dan tidak diterima akar umbi parti maka sudah tentu beliau dan 'konco-konconya' akan mendesak supaya Ketua Menteri itu berundur dan meletakkan jawatan.


Permainan  'halus ini sudah bermain difikiran Datuk Seri Salleh sejak diangkat sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.


Sementara itu di Kota Belud pula, seorang Ketua UMNO Cawangan berkata beliau bersetuju dengan kenyataan bahawa ini adalah sebahagian daripada permainan Datuk Seri Salleh Said kerana sebelum ini beliau berjaya 'menyingkirkan' mantan ADUN N.8 Usukan, Datuk Japlin Akim dengan permainan kotornya. Salleh adalah orang yang perlu bertanggungjawab dengan tuduhan politik wang Japlin pada pemilihan UMNO Bahagian itu yang lalu. Salleh telah mengarahkan beberapa orang tertentu untuk membuat laporan bersertakan bukti kepada UMNO Pusat.


Niat Salleh menyingkirkan Japlin adalah kerana beliau mahukan 'kerusi' N.8 Usukan, buktinya Salleh telah dicalonkan dalam PRU yang lalu dan menang. Tujuan Salleh memilih kerusi DUN dan bukan Parlimen kerana 'status' kelayakan seseorang menjadi Ketua Menteri adalah melalui kerusi DUN dan sekiranya beliau berjaya menyingkirkan Musa, maka strategi yang disusun olehnya akan berjaya membuatkan beliau menerajui negeri Sabah sekali lagi.

Salam Hormat,
Senja Permai.

No comments:

Post a Comment