Monday 1 December 2014

PATI ANAK EMAS MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN?


OLEH: SHAIMON S JUMADI

 MANJA....PATI berniaga dihalalkan cara oleh MPS!


SANDAKAN - Kegagalan  pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) membuat pemantauan terhadap para penjaja asing yang berjaja secara haram di Terminal Bas telah dipertikaikan oleh masyarakat setempat.


Kita tidak tahu  sama ada mereka diberikan Lesen Penjaja atau pun dikenakan bayaran oleh pihak MPS terhadap para penjaja asing yang kian hari kian bertambah bilangan mereka di terminal itu.



Pada mulanya mereka menjual buah-buahan dan sayur-sayuran  sahaja,  lama-kelamaan mereka mengembangkan perniagaan dengan menjual ikan.

Sebenarnya pihak MPS bersikap tidak berlaku adil terhadap orang tempatan. Kalau orang tempatan menjual di kawasan larangan sudah pastinya barang-barang niaga mereka dirampas dan dikenakan kompauan. Akan tetapi kalau PATI menjual di mana-mana saja, para Pegawai MPS hanya diam membisu seribu bahasa.

No comments:

Post a Comment