Thursday 1 January 2015

APA PERANAN KAUNSELOR MPS?




OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) hanya rajin  mengutip cukai pintu di setiap premis perniagaan tapi sebaliknya kurang bertanggungjawab dalam mengatasi pelbagai masalah di persekitaran sama ada soal kebersihan mahupun longkang-longkang tersumbat termasuk penutup permukaan parit.


Lubang besar di hadapan letak kereta di barisan Pejabat Ahli Parlimen Sandakan Bandar Litat dekat sini sudah setahun lebih masih belum lagi diperbaiki walaupun sudah beberapa kali dimaklumkan kepada pihak MPS. Namun sehingga ke hari ini, lubang besar belum mempunyai penutup; mungkin menunggu orang pejalan kaki di lorong bangunan itu terjatuh (terpuruk) barulah pihak MPS kelam kabut mengambil tindakan yang drastik.

“Sepatutnya pihak MPS harus peka dengan apa jua masalah bukan membiarkan begitu saja lubang berkenaan. Bukankah MPS melantik beberapa orang  kaunselor? Kenapa mereka tak turun padang untuk meninjau-ninjau di satu-satu kawasan yang telah dilaporkan oleh para pengadu tempat-tempat yang bermasalah, coba tolong beri penjelasan yang terperinci apa tugas-tugas dan tanggungjawab  sebenarnya orang-orang yang dilantik sebagai kaunselor MPS?” kata jurucakap.

Pihak MPS rajin memungut cukai pintu kepada semua premis bangunan di bawah lingkungan kawasan MPS, tetapi dari segi perkhidmatan kepada masyarakat amat mengecewakan. Lihat sahaja di kawasan lorong-lorong belakang bangunan di bandar yang  amat menjijikkan. Mereka ternyata malas untuk bertindak apalagi menyelenggarkan premis awam, sehinggalah orang awam membuat aduan kepada media massa barulah mereka cepat-cepat mengambil tindakan.

No comments:

Post a Comment