Tuesday 6 January 2015

CEO 1MDB Mohd Hazem letak jawatan

 

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abdul Rahman meletakkan jawatan hari ini dan digantikan oleh Arul Kanda Kandasamy, seorang ahli perbankan Malaysia yang berpangkalan di Abu Dhabi, demikian disahkan oleh 1MDB.

Arul, 38, dilantik sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan berkuatkuasa serta-merta, kata Pengerusi 1MDB Datuk  Lodin Wok Kamaruddin dalam satu kenyataan.

Lodin berkata, sudah tiba masanya bagi syarikat itu menutup mulut pengkritiknya dan mencapai objektifnya.

Arul Kanda berkata keutamaannya ialah untuk melakukan semakan strategik terhadap operasi syarikat milik Kementerian kewangan itu.

Beliau menyertai dari Bank Perdagangan Abu Dhabi sebagai naib presiden eksekutif dan ketua pelaburan perbankan.

Ironinya, laman web yang dikaitkan dengan Umno, myKMU.net, sebelum ini menyangkal laporan mengenai perkara yang sama, sebagai satu pembohongan.

Portal ini berkata laporan mengenai peletakan jawatan Mohd Hazem adalah sebahagian daripada serangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment