Monday 12 January 2015

Kotak hitam QZ8501 dilapor sah jumpa



Pihak berkuasa Indonesia dilapor mengesahkan bahawa kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah ditemui.

CNA melaporkan, proses mendapatkannya akan disambung pagi esok.

Sementara itu, media Indonesia Detiknews melaporkan bahawa kotak hitam itu terhimpit pada serpihan pesawat sehingga sukar bagi mengeluarkannya.

"Kotak hitam berada pada himpitan serpihan badan pesawat, keadaan ini sangat menyulitkan tim penyelam dalam proses pengambilanya," Koordinator Timbalan Direktorat Jenderal Perhubungan Laut Kementerian Perhubungan A Tonny Budiono dilapor sebagai berkata.

Jika teknik pengambilan seperti digunakan hari ini gagal, pasukan itu merancang menggunakan “teknik belon” seperti dilakukan pada ekor pesawat.

Penemuan itu hasil isyarat ping kuat yang diterima sebelum ini. (Malaysiakini)
 

No comments:

Post a Comment