Tuesday 13 January 2015

MANGSA KEBAKARAN KG GAS TERIMA BANTUAN KEWANGAN DARI MP BATU SAPI


OLEH: SHAIMON S JUMADI


Linda….(3 kiri, barisan depan) serta pegawainya ketika menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran Kampung Gas


BATU SAPI : Seramai 273 orang dari 46 buah keluarga yang kehilangan rumah dalam kebakaran di Kampung Gas, Batu Sapi penghujung bulan lepas, telah menerima bantuan kewangan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.


Linda telah menyempurnakan penyerahkan bantuan tersebut semasa beliau melawat mangsa-mangsa di  pusat penempatan sementara yang bertempat di Kampung Gas Baru pada hari Sabtu. 

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi, Kong Nyuk Thou dan pemimpin setempat.

Beliau berharap bantuan kewangan ini serba sedikit dapat  meringankan beban mangsa-mangsa terbabit. 

Linga juga menyampaikan peralatan untuk membolehkan mangsa-mangsa menjalankan gotong royong membersihkan tapak kebakaran.

Beliau mengarahkan pegawai beliau membantu mangsa mendapatkan kebenaran dari pihak Majlis Perbandaran Sandakan untuk mendirikan semula  rumah mereka di lokasi itu dalam tempoh yang terdekat.

Sebanyak 17 buah rumah telah musnah dijilat api dalam kebakaran di perkampungan itu pada pagi 27 Disember lepas. Tiada laporan kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan.

Sementara itu, Linda turut menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pisang, pada hari yang sama.


No comments:

Post a Comment