Wednesday 14 January 2015

Marina Mahathir dilarang masuk universiti



Aktivis Datuk Marina Mahathir tidak dibenarkan memasuki sebuah universiti awam selepas diundang bercakap dalam sebuah program anjuran mahasiswa.

Menurut Marina, perkara itu dimaklumkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu kepada penganjur acara.

“Ia menjadikan 'pengharaman' kelima saya daripada universiti awam.

"Mesti saya sungguh berkuasa,” sindirnya dalam tulisan di Facebook hari ini.

Beliau juga berkata, beliau bagaimanapun dijadual akan bercakap di sebuah kolej swasta esok dan mengundang mahasiswa universiti awam itu turut serta.

Marina juga berkata undangan terhadapnya tidak pernah dibatalkan ketika ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sebelum ini. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment