Friday 9 January 2015

PAS BAGI BANTUAN MANGSA KEBAKARAN KG GAS



 
OLEH: SHAIMON S JUMADI



BATU SAPI : Untuk membantu kepada masyarakat yang ditimpa musibah seperti bencana alam dan kebakaran tidak semestinya diletakkan dibahu pihak kerajaan semata-mata; di pihak parti pembangkang pun yang mempunyai sokongan, mempunyai pengundi wajar juga memberi bantuan seumpama itu kepada mana-mana masyarakat yang memerlukan.


Begitu juga tindakan yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS bahagian Batu Sapi, Haji Hamzah Hj Abdullah telah memberikan bantuan berupa barang-barang keperluan kepada 18 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Gas dalam kawasan Batu Sapi kelmarin.

Kata Hj Hamzah, tujuan memberikan bantuan tersebut adalah untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh  para mangsa berkenaan.

“Ini sudah menjadi kewajiban dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin walaupun di pihak pembangkang. Kita tidak terlalu mengharapkan sangat bantuan daripada pihak kerajaan, apa yang terdaya dan yang termampu kita boleh lakukan, kita buat yang terbaik untuk kesenangan rakyat.” Ujarnya.

Hj Hambah  berasa kesal dengan sikap pihak kerajaan kerana tiada tindakan drastik untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran di kedua-dua kampung Gas dan Kampung Pisang yang sememangnya sedang menunggu bantuan tersebut.

No comments:

Post a Comment