Thursday 26 February 2015

Aktres Zahida diarah bayar RM150,000


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa aktres Zahida Mohamed Rafiq memfitnah bekas pemandunya Noor Azman Azemi.

Mahkamah itu juga mengarahkan pelakon dalam filem 'Anak Mami The Movie' itu, membayar RM150,000 sebagai pampasan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Hue Siew Kheng yang juga menolak tuntutan balas Zahida dan justifikasi pembelaannya.

Selain itu, hakim turut mengarahkan Zahida membayar kos RM40,000. Hakim Hue berkata kenyataan Zahida dalam akhbar Harian Metro mempunyai unsur fitnah.

Noor Azman memfailkan tuntutan pada 2013 yang mendakwa aktres jelita secara salah dan mempunyai niat jahat mengeluarkan kenyataan dalam laporan yang disiarkan dalam akhbar itu.

Noor Azman mendakwa bahawa Zahida didakwa menuduhnya melarikan sejumlah wang yang diberikan kepadanya untuk dimasukkan ke dalam akaun bank artis tersebut. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment