Friday 13 February 2015

'Anwar masih kekal MP walau dipenjara'



Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai MP akan terbatal selepas tempoh 14 hari daripada tarikh sabitan dan hukuman.

Pandikar Amin dalam satu kenyataannya menyebut, beliau hanya akan memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Permatang Pauh selepas tempoh berkenaan – yang berakhir pada 24 Februari.

Bagaimanapun, tempoh itu lebih panjang sekiranya Anwar mengemukakan petisyen bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong, tambahnya.

Dalam kes itu, kerusi tersebut hanya akan kosong apabila petisyen itu diputuskan, kata Pandikar Amin.

“Kehilangan kelayakan YB Permatang Pauh hanya akan mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu diputuskan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Katanya lagi, sekiranya Anwar ingin mendapatkan pengampunan, ketua pembangkang itu perlu berbuat demikian dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Persekutuan, Selasa lalu. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment