Wednesday 18 February 2015

Bekas AG: Shafee 'iklankan' diri sendiri



Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata pada zamannya dan sebelum itu lagi, peguam yang dilantik sebagai pendakwa untuk Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak pernah “mengiklankan” diri di media.

Abu Talib berkata beliau sebaliknya melihat peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah melakukan perkara itu dengan memberikan wawancara kepada media selepas sabitan kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ya, Shafee kelihatan pandai lakukan perkara itu -- “iklankan” dirinya (selepas menang),” katanya sambil ketawa.

Abu Talib (kanan) merujuk kepada wawancara Shafee dengan akhbar arus perdana New Straits Times dan Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ditanya Malaysiakini sama ada ia pernah berlaku sebelum ini, Abu Hasan menjawab tidak.

Beliau berkhidmat sebagai peguam negara daripada tahun 1980 hingga 1993.

Beliau juga dilantik menjadi pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk tiga penggal.

“Pada masa saya, kami juga buat pendakwaan pada kes berprofil tinggi tetapi kami tidak pernah lantik orang di luar daripada AGC untuk membuat pendakwaan,” katanya.

Beliau sendiri, kata Abu Hasan, terlibat dalam kes melibatkan bekas menteri besar Selangor Datuk Harun Idris.

“Kami tak nampak keperluan lantik seseorang daripada luar,” katanya lagi. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment