Wednesday 4 February 2015

BINA PERIBADI MULIA MELALUI SUKAN


PENGHARGAAN…Abd, Manan yang mewakili Rosnah menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan kejohanan tersebut.


PENAMPANG: Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang cergas fizikal dan mental.


Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi, 

Katanya, akviti sukan mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh dengan aturan dan secara tidak langsung  membentuk seorang atlet yang  berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai  jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan

Menurut Rosnah,vDasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai matlamat tersebut.

“Dasar  yang mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bukan sahaja mampu mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah malahan, pendekatan ini akan menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang” katanya dalam ucapan perasmian Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Zon Kinarut Kali Ke-48  di Kompleks Sukan Penampang pagi kemarin.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Parlimen Papar Abd.Manan Talipudin

Menurut Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar, Kejohanan   tersebut tidak semata-mata  bertujuan untuk menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu acara, tapi  perkara yang lebih penting ialah memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan.

“Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang” tegas Rosnah.

Sehubungan dengan itu Rosnah meminta ibubapa agar turut memberikan galakan kepada anak-anak mereka terlibat dalam bidang ko kurikulum antaranya sukan bagi mempastikan masa lapang anak-anak mereka diisi dengan aktiviti yang berfaedah bagi mengelakkan mereka menghabiskan masa dengan pelbagai gejala negatif yang boleh merosakkan masa depan mereka.



GALERI ACARA :




TABIK HORMAT..Abd Manan yang mewakili Rosnah sedang menerima tabik hormat dari kontijen yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut




PENYERTAAN… Abd. Manan yang mewakili Rosnah menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang ketua kontinjen yang menyertai kejohanan tersebut





ALBUM KENANGAN….Abd.Manan (tengah) yang mewakili Rosnah merakamkan gambar kenangan bersama penganjur pada kejohanan tersebut

No comments:

Post a Comment