Monday 2 February 2015

Bumbung KK Times Square Runtuh


Oleh : LMH



KOTA KINABALU : Bumbung pintu utama pusat membeli belah KK Times Square runtuh pada pagi tadi semasa kerja-kerja pembinaan masih dilakukan di sini.


Beberapa pekerja binaan yang sedang melakukan kerja pembinaan Bumbung berkenaan terlibat dalam kemalangan dan mendapat kecederaan yang kemudiannya dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Jabatan Bomba dan Penyelamat telah pun bergegas ke tempat kejadian untuk mengenalpasti kerosakan dan punca kemalangan berlaku.  

“Kejadian itu berlaku semasa pekerja terbabit sedang menaikkan struktur bumbung kanopi pusat membeli belah berkenaan,” kata jurucakap Bomba kepada media hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, pihak polis akan menyiasat punca sebenar kejadian berkenaan.


No comments:

Post a Comment