Monday 23 February 2015

DAP-PBS-LDP ANJUR RUMAH TERBUKA CNY UNTUK RAPATKAN PERPADUAN ANTARA SEMUA KAUM


OLEH : SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Majlis Rumah Terbuka Kong Hee Fatt Choi, Timbalan Pengerusi DAP Negeri yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong  yang diadakan pada hari ketiga CNY di kediamannya di Taman Sibuga dekat sini sungguh meriah.


Ramai yang datang yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum tanpa mengira fahaman ideologi politik yang berbeza.

Wong yang ditemui oleh media antara lain menjelaskan tujuan mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina adalah untuk merapakan lagi tali siratulrahim antara kaum-kaum yang ada di Sandakan ini.

“Lagipun rumah terbuka Tahun Baru Cina yang di sambut  ini sememanglah sudah menjadi ada tresam semua kaum sama ada Hari Raya Puasa, Har Natal, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Pesta Kaamantan” ujar Wong.



Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu antaranya pemimpin parti PKR, BN dan juga DAP.

Sementara rumah terbuka Tahun Baru Cina hari pertama anjuran parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Elopura yang dikendalikan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin yang dilangsungkan  Dewan SM Yu Yuan disambut meriah.


Selain tarian Singa sebagai sajian namun terdapat juga persembahan nyanyian turut diadakan untuk menghiburkan para tetamu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan adalah antaranya sebagai tetamu kehormat pada majlis rumah terbuka CNY itu.

Antara pemimpin kanan PBS yang turut hadir ialah Datuk Radin Malih, Datuk Micheal Asang, Datuk Jamilah Sulaiman, Datuk Yee Moo Chai dan Ketua  Bahagian Tanjung Papat  Shirley Chein dan termasuk Ketua Wanita PBS Tanjung Papat Saleena Titi.

Manakala rumah terbuka CNY Parti Liberal Democratic (LDP) yang diadakan pada hari pertama di Gelanggang Futsal yang diketua oleh Datuk Lim Ming Ho juga disambut penuh meriah.


Antara tetamu kerhormat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting  Charlie O Pang dan Ketua Wanita UMNO Baahagian Sandakan Noraini Sulong.

No comments:

Post a Comment