Saturday 7 February 2015

DR MAXIMUS : KENYATAAN ISMAIL SABRI BOLEH CETUSKAN KEMARAHAN KAUM CINA


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Sri Dr. Maximus Ongkili turut membidas kenyataan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Sri Ismail Sabri Yaacob agar orang Melayu memboikot perniagaan Cina seperti yang tersiar laman Sosial (FB)nya  lima hari yang lalu.


Dr Maximus berkata selanjutnya sebagai seorang Menteri kabinet  seharusnya tidak boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu  yang boleh menyinggung hati dan perasaan bangsa lain, ini jelas melalui sentimen sedemikian boleh mencetuskan kemarahan masyarakat Cina di seluruh Malaysia khususnya.

Maximus berkata demikian ketika memberi ucapan alu-aluan di Majlis Makan Malam Bersama Timbalan Presiden PBS di salah sebuah restoran di Pasir Putih malam tadi.

Katanya lagi kita sebagai rakan kongsi dalam pembentukan kerajaan yang membabitkan kaum Melayu, India dan Cina seharusnya Ismail pandai menjaga sensitiviti kaum bangsa lain, bukan hanya bercakap ‘main lepas, cakap sembarangan’  sahaja tanpa memikirkan implikasinya.


Tambah Maximus lagi Mesyuarat kabinet yang diadakan dua hari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut kesal apa yang telah dilakukan oleh Ismail Sabri yang sepatutnya tidak membuat sentimen yang boleh menyakiti hati bangsa lain.


Sambil mengingatkan ahli-ahli PBS Maximus berkata  sebagai rakan kongsi dalam kabinet kerajaan Negeri seharusnya mempunyai kesabaran hati walaupun parti PBS mendapat sedikit tekanan demi tekanan  daripada komponen BN yang tersebar.



Turut hadir pada Majlis tersebut Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin, Ketua Bahagian PBS Tanjung Papat, Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjung Papat Saleena Titi, Datuk Jahid Jahim dan para pemimpin kanan PBS Pusat.

1 comment:

  1. JANGAN MAIN2 DENGAN CINA KALAU MEREKA MARAH DAN MERAJUK BARU MCA,GERAKAN LDP PBS UPKO PBRS DAN MIC KELUAR DARI BN BARU PUTIH MATA KALAU ORANG CINA TERUS MENDAPAT TEKANAN TERUS-TERUSAN NESCAYA MEREKA SEMUA KELUAR.

    ReplyDelete