Tuesday 17 February 2015

GANDINGAN SEPADU IBU BAPA DAN GURU PICU KECEMERLANGAN PENDIDIKAN


TAHNIAH…Jamawi diiringi oleh Guru Besar Sk Ulu Tomani  Juacim ketika menyampaikan sijil cemerlang kepada salah seorang pelajar sempana majlis tersebut


TENOM: Kerjasama erat antara ibu bapa dan guru sangat penting bagi warga sekolah meningkatkan prestasi dan kecemerlangan pendidikan.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar berkata, kerjasama erat ini menjadi pemangkin dalam usaha  melahirkan modal insan cemerlang. 


Sehubungan dengan itu katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menwujudkan program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah.

“ Sudah tentu tranformasi bagi membawa perubahan dan  kejayaan di sesebuah sekolah itu bermula dari kepimpinan di peringkat sekolah iaitu Guru Besar atau Pengetua  dan ianya pula  perlu mendapat sokongan  padu  dari pihak guru ibubapa dan pelajar  secara total  bagi mencapai kecermalangan yang diharapkan” katanya ketika berucap merasmikan majlis Kesyukuran dan Penyampaian Hadiah Lonjakan Tertinggi Pencapaian UPSR Peringkat PPD  di Sk Ulu Tomani dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama Guru Besar Sk Ulu Tomani Juacim MD dan Pengerusi Persatuan Ibubapa Guru SK Ulu Tomani Ukab Tangah.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom, Sarana Ibu yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak.

Sementara  Sarana Sekolah pula mempunyai  enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.

“Saya yakin dan percaya kesungguhan guru-guru, pelajar dan ibubapa di sekolah ini adalah berpaksikan kepada program Sarana ibubapa dan Sarana sekolah yang membolehkan sekolah ini berupaya melakukan lonjakan prestasi peperiksaan UPSR terbaik daerah Tenom melebihi gred purata GPS Peringkat Negeri Sabah  walaupun  sekolah ini terletak jauh di Pedalaman” tegas Jamawi.

Dalam hubungan ini, Jamawi berharap pihak sekolah dapat menukar imej agar dilihat sebagai tempat memupuk persefahaman dan maufakat antara ibubapa dan masyarakat agar kecemerlangan yang dicapai dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

“Imej sekolah yang selama ini dilihat sebagai kepunyaan guru dan murid semata-mata perlu ditukar bagi menarik minat ibu bapa dan masyarakat bekerjasama dengan sekolah demi kepentingan pelajar,” katanya
.
Beliau berkata ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu juga  boleh menyumbangkan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada pihak sekolah.

Jamawi menambah tidak akan sempurna jika usaha mendidik hanya membabitkan ibu bapa, sekolah dan masyarakat kerana semua kementerian, agensi kerajaan  termasuk sektor swasta juga perlu memainkan peranan yang bersesuaian dalam aspek pembangunan kemanusiaan, kemahiran keibubapaan, kesihatan mental dan fizikal dan sebagainya. 

“Dalam hubungan ini, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom akan terus memainkan peranannya bagi membantu memperkasakan sektor pendidikan khususnya pencapaian akdemik di daerah ini melalui program-program pendidikan yang dilaksanakan setiap tahun” katanya.


GALERI ACARA :



DIHARGAI…Jamawi menerima cendera kenangan dari Guru Besar Sk Ulu Tomani Juacim MD selepas merasmikan majlis tersebut




SOKONGAN PADU…Kehadiran ibubapa pelajar bagi memberikan sokongan padu terhadap penganjuran majlis tersebut




SUMBANGAN…Jamawi ketika menyampaikan sumbangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom kepada  Pengerusi PIBG  Sk Ulu Ukab TangahTomani sempena majlis tersebut




BINCANG…Jamawi ketika mendengar penjelasan mengenai kemajuan sekolah tersebut dari guru besarnya Juacim MD


No comments:

Post a Comment