Thursday 5 February 2015

Hospital Tuaran Sambut NewMasPongGongXi 2015





Hospital Tuaran melalui jawatankuasa sambutannya telah menganjurkan sambutan 4 dalam 1 iaitu Krismas, Tahun Baharu, Pongal dan Tahun Baharu Cina dengan singkatannya NewMasPongGongxi pada 23 Januari 2015 yang lalu yang mana majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai, ADUN N.11 Kiulu merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sabah yang diadakan di Lobi Utama Hospital Tuaran Fasa II.


Dalam ucapan Dr. G. Mohan (Pengarah Hospital), beliau amat berterima kasih dan mengalu-alukan kedatangan Y.B Datuk di atas kesudian menerima jemputan sebagai Perasmi pada malam itu walaupun Y.B Datuk sibuk dengan tugas-tugas sebagai seorang wakil rakyat.  

Sebagaimana yang telah sedia maklum bahawa, Hospital Tuaran Fasa II telah siap sepenuhnya dan akan beroperasi tidak lama lagi yang mana Perkhidmatan Pesakit Dalam akan menempatkan sebanyak 76 katil kesemuanya.

Kehadiran pelanggan atau pesakit di Jabatan Pesakit Luar pula semakin meningkat yang mana pada tahun 2010 sahaja kehadiran yang direkodkan adalah seramai 101,356 orang, tahun 2011 seramai 118,731 orang, tahun 2012 seramai 120,276 orang, tahun 2013 seramai 130,118 orang dan tahun 2014 seramai 132,245 orang.

Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum pula merekodkan kedatangan seramai hampir 300 orang pesakit sehari.  

Pertambahan ini disebabkan, kedatangan pesakit bukan sahaja dari Daerah Tuaran itu sendiri ianya juga disebabkan kedatangan pesakit dari luar Daerah Tuaran seperti Kota Kinabalu, Telipok, Inanam, Menggatal, Sepanggar dan lain-lain lagi.  

Dalam ucapan Y.B. Datuk Joniston pula, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. G. Mohan serta seluruh warga kerja Hospital Tuaran kerana telah berjaya menganjurkan majlis seperti ini walau pun sibuk dengan tugas-tugas seharian seperti merawat pesakit dan sebagainya tetapi masih mampu meraikan majlis ini dengan baik sekali.  

Y.B. Datuk juga mengucapkan syabas dan memberitahu bahawa satu-satunya hospital atau jabatan kerajaan yang mampu menganjurkan setiap sambutan atau perayaan yang ada di Malaysia dan patut menjadi contoh kepada jabatan-jabatan lain di negeri Sabah ini.


Pada majlis itu juga, pelbagai acara telah disediakan bagi memeriahkan suasana antaranya ialah Persembahan Tarian Singa, Persembahan Nyanyian, Persembahan Tarian, Pertandingan Fesyen Kanak-Kanak, Pertandingan Tarian Singa Kanak-Kanak, Pertandingan Memecah Belon Dewasa, Cabutan Tiket Bertuah, Penyampaian sumbangan kepada Jireh Home dan kemuncaknya adalah pemilihan King & Queen Of The Night. 

Galeri Acara:








No comments:

Post a Comment