Saturday 28 February 2015

KEBOCORAN PAIP, MPS ENGGAN MENDENGAR ADUAN PENDUDUK BLOK 39 TAMAN MESRA


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN :  Memang jelas sekali pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sengaja tidak mahu mendengar  sebarang aduan yang disampaikan oleh penduduk berkenaan jika mereka menghadapi sesuatu masalah  yang boleh membahayakan manusia.


Contoh paling dekat iaitu Penghuni Blok 39 PPR Taman Mesra telah membuat aduan beberapa kali dengan pihak MPS mengenai kerosakan (kebocoran) Main Pipe di blok berkenaan  hampir  setahun namun  tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak MPS untuk diperbaiki.

Dalam sehari sahaja, air yang keluar daripada kebocoran paip itu telah dianggarkan mahu juga 3,000 hingga 5,000 gelen, bukan kah ini satu pembaziran namanya.

Yang amat membimbangkan kepada para penghuni blok tersebut, percikan air paip itu sangat kuat, jika percikan air itu tadi terkena semua meter elektrik sudah pastinya berlakunya kebakaran besar yang boleh mengorbankan nyawa seluruh penduduk blok 39 itu sehingga hagus atau rentung.

Wartawan Kanan Sabahkini.net sempat merakamkan gambar mengenai kebocoran paip air sebaik saja menerima panggilan dari beberapa orang penduduk blok tersebut.

Menurut seorang penduduk Puan Sopiah menunjukkan ke arah paip bocor itu antara lain menjelaskan, kebocoran itu memang sudah lama tetapi tiada tindakan langsung diambil oleh pihak MPS walaupun kerosakan paip itu telah dilaporkan.


“Saya selaku mewakili penduduk Blok 39 Taman Mesra memohon dan merayu jasa baik pihak MPS agar dapatlah memperbaiki kebocoran paip itu demi mengelakkan sesuatu perkara buruk yang tidak diingini berlaku menimpa penduduk ini” katanya.

No comments:

Post a Comment