Monday 2 February 2015

KEKECOHAN DI IPD TUARAN KERANA 'SIGNATURE' SSKM YANG 'POWER' ?





Tuaran: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, di sini, kecoh apabila sekumpulan 30 orang menggelarkan diri mereka sebagai sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong parti pembangkang mengerumuni pintu masuk utama IPD itu, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, kumpulan terbabit mengerumuni lokasi itu berikutan tindakan polis menahan sembilan rakan mereka  bersama tiga orang awam di pasar tamu Tuaran.

Difahamkan, penahanan itu dibuat polis ketika sembilan anggota kumpulan NGO terbabit sedang memungut suara untuk menuntut hak hak rakyat Sabah menerusi tandatangan.




Tiga orang awam turut di tahan itu dipercayai menurunkan tandatangan kepada NGO terbabit. Individu ditahan untuk siasatan lanjut dipercayai  berusia 20 tahun hingga 40 tahun.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya dikawal, yang mana anggota polis segera menutup dan mengunci pintu pagar utama IPD serta mengelakkan baki anggota NGO masih di luar memasuki perkarangan balai itu.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, sekumpulan 30 orang enggan meninggalkan pintu masuk utama IPD Tuaran, memaksa beberapa anggota Unit Tindakan Persekutuan (FRU) melakukan pengawasan dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan kebarangkalain rusuhan bakal berlaku, di situ.

Turut berada di lokasi Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee dan beberapa penyokong beliau, cuba membuat bising untuk mendapatkan perhatian lalu lintas.

Kira-kira jam 5.08 petang, polis membenarkan 18 anggota NGO itu untuk memasuki IPD itu, dipercayai diambil keterangan bagi membantu siasatan, namun Yong hanya menunggu mereka di luar balai.

Jurucakap kumpulan, Milin Biok Junior, berkata mereka bertindak demikian, hanya untuk membantu membebaskan rakan serta orang awam yang ditahan polis.

"Rakan kami ditahan sewaktu memungut suara untuk menuntut hak hak rakyat Sabah di pasar tamu Tuaran," katanya.


Sehingga ini, 30 yang ditahan di IPD Tuaran itu, belum dibebaskan manakala rakan mereka enggan meninggalkan pintu pagar IPD itu

No comments:

Post a Comment