Wednesday 4 February 2015

KERAJAAN KOMITED BANTU RAKYAT JANA PENDAPATAN






TAHNIAH…Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerjaraya Hadi Kassim yang mewakili Rosnah  menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sempana penutupan program tersebut

PAPAR : Kerajaan komited membantu rakyat  khususnya usahawan luar bandar  untuk mereka menambah pendapatan dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi Negara melalui pelbagai program  bagi meningkatkan ekonomi seharian.


Timbalan Menteri Kerjaraya Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, lonjakan berganda pendapatan dari tahap sederhana ke tahap pendapatan tinggi adalah penting bagi memastikan  rakyat mampu menghadapi segala realiti cabaran dan menjadi lebih kompetetif dalam dunia global.

Justeru, dalam hubungan ini Rosnah berkata,  kerajaan telah menyediakan pelbagai  program samaada kursus, geran dan jaminan kredit untuk membantu usahawan memulakan perniagaan dan  mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan mereka

“Dengan kepelbagaian sumber yang ada di persekitaran luar bandar, ia mempunyai  potensi ekonomi yang besar dan mampu mengubah landskap sosio ekonomi masyarakat jika  diusahakan secara bersungguh-sungguh” katanya. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis  Penutupan dan penyampaian sijil peserta aktiviti Kemas cawangan Pendidikan Masyarakat (CPM) di Dewan Serba Guna Briged Sabah (PGA) Kinarut dekat sini baru baru ini.

Teks Ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Sulitnya A Hadi Kassim

Menurut Rosnah, tumpuan kerajaan  agar rakyat khususnya  masyarakat desa menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan pastinya akan membuka lembaran baru kepada kehidupan yang lebih cemerlang di kawasan luar Bandar .

Tambah Rosnah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, kebanyakkan produk luar bandar mempunyai nilai kreativiti dan nilai pasaran yang  tinggi. Walau bagaimanapun, produk luar bandar memerlukan nilai tambah sama ada dari segi pembuatan, pemprosesan atau pengeluaran bagi menjana pendapatan usahawan dan memastikan produk mereka lebih berdaya saing dan mampu menembusi pasaran tempatan dan  antarabangsa.

“Saya berharap  para peserta yang menyertai kursus ini,  akan memanafaatkan sepenuhnya pengalaman yang  mereka perolehi  untuk menceburi bidang perniagaan yang sesuai, dengan mengamalkan budaya usahawan  yang   berani menghadapi cabaran, memiliki daya inovatif dan kreatif bagi  menjana pendapatan yang lebih tinggi untuk  mengubah taraf kehidupan yang lebih sempurna” tambah Rosnah

Menurut Rosnah lagi para peserta  kursus perlu bersikap proaktif dan bijak memanfaatkan pengalaman yang diperolehi dan bijak  merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan.

Galeri Majlis : 



DIHARGAI Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerjaraya Hadi Kassim yang mewakili Rosnah   menerima cendra kenangan dari penganjur selepas merasmikan penutupan program tersebut




PESERTA … Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerjaraya Hadi Kassim (tengah) yang mewakili Rosnah  bersama peserta dan ahli jawatankuasa penganjur majlis tersebut




HASIL KERJA…Antara hasil kerja yang dihasilkan oleh para peserta kursus turut dipemirkan sempana program tersebut




BANGGA…Antara peserta yang  telah menamatkan  kursus tersebut berbangga  bersama sijil yang mereka perolehi

No comments:

Post a Comment