Wednesday 4 February 2015

KERETAPI SABAH TERGELINCIR




TERGELINCIR….daripada landasan asal

KOTA KINABALU: Seramai 130 penumpang Keretapi Sabah terlibat dalam satu kemalangan kecil iaitu salah satu daripada gerabak mengalami kegelinciran semasa dalam perjalanan menuju Kota Kinabalu di km 69.6 di AKmpung Bandau, Membakut semalam. 


Kejadian yang berlaku jam 5.45 awal subuh semalam telah mengejutkan kesemua penumpang setelah Keretapi dipercayai berlepas dari Beaufort itu.

Bagaimanapun, menurut penjelasan Pengurus Besar Jabatan Keretapi Sabah, kesemua penumpang dilaporkan dalam keadaan selamat. Laporan polis telah pun dibuat di balai polis berdekatan. 

LANGGAR....backhoe yang ditinggalkan kontraktor di tepi landasan

Kemalangan berkenaan berpunca dari kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

Keretapi berkenaan yang sepatutnya dijadualkan tiba pada jam 7 pagi itu dikatakan telah melanggar sebuah 'Backhoe' setelah tergelincir dari landasan asal.


Rentetan insiden berkenaan, jadual perkhidmatan Kertapi akan ditangguhkan selama seminggu dan bakal disambung semula pada awal minggu hadapan. 

No comments:

Post a Comment