Tuesday 3 February 2015

MP SANDAKAN SOKONG KERAJAAN LARASKAN TANGGA GAJI?


OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Ahli Parliman Sandakan (DAP) Stephen Wong menyokong penuh tindakan kerajaan melaraskan tangga gaji pekerja tetapi masalahnya adakah setiap majikan memperoleh keuntungan yang banyak?


Wong berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dengan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan yang mengatakan bahawa “pendapatan bulanan untuk sara hidup di Kota Kinabalu adalah sekurang-kurangnya RM3000, pihak majikan disaran agar melaraskan gaji pekerja, dan lebih daripada separuh rakyat berpendapatan kurang daripada RM2500 sebulan.” 

Wong menjelaskan  ramai pekerja di Kota Kinabalu bukan sahaja berpendapatan kurang daripada RM2500, malah kurang daripada RM2000.

Kata Wong lagi  jika majikan benar-benar beruntungan besar, memang patut tambah gaji pekerja, tetapi terdapat ramai majikan terutamanya pengusaha perniagaan kecil dan sederhana. 

Hal ini amat susah untuk dilaksanakan kerana bukan sahaja pendapatan perniagaan tidak cukup untuk perbelanjaan sendiri inikan pula mahu melaksanakan pelarasan gaji yang agak tinggi itu 

Tambah beliau, di antara sebabnya ialah harga barang tinggi menambahkan kos, harga minyak jatuh tetapi harga barang tiada turun, tarif elektrik tidak diturunkan dan sebagainya; semuanya adalah faktor yang menyebabkan majikan tidak berupaya untuk melaras gaji pekerja.

Menurut Wong, yang paling penting ialah Dasar Kabotaj (dasar pengangkutan laut) yang telah dilaksanakan selama berpuluh-puluh tahun di Sabah sehingga menyebabkan harga barang di Sabah lebih tinggi 30% hingga 40% berbanding dengan Semenanjung. 

Kejadian monopoli dan syarikat kroni, termasuk pembaharuan permit pekerja asing diserahkan kepada satu syarikat sahaja, dan setiap pekerja asing dikenakan bayaran sebanyak RM38, semua ini menambahkan beban majikan.

Wong berkata, apabila kos bertambah, peniaga pasti akan mengalihkan kos tersebut, akhirnya menyebabkan kos barang melambung tinggi. 

Wong berpendapat bahawa, sedangkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan amat prihatin terhadap perkara ini, maka beliau harus mencadangkan pemansuhan Dasar Kabotaj di Kabinet Negeri, menurunkan tarif elektrik, dan memansuhkan bayaran RM38 untuk pembaharuan permit pekerja asing, menurunkan cukai jalan lori Sabah yang kini lebih tinggi berbanding dengan semenanjung, menambahkan had berat lori supaya sama dengan Semenanjung, membantu menurunkan harga barang tempatan; dengan ini membolehkan majikan berupaya untuk melaras gaji pekerja.

Beliau menegaskan bahawa, semua ini memerlukan pimpinan kerajaan untuk bertindak, barulah rakyat akan menerima manfaat, bukannya hanya mengenakan bayaran daripada rakyat, seperti tindakan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mendahului daerah yang lain melaksanakan dasar fi lesen terhadap pusat kecantikan dan pusat kesihatan.


Wong berkata, kerajaan BN harus menghentikan dasar monopoli dan syarikat kroni, barulah dapat membela nasib rakyat, barulah dikatakan menepati konsep “rakyat didahulukan”, tetapi nampaknya amat susah untuk dicapai.

No comments:

Post a Comment