Sunday 8 February 2015

MPS BETUL-BETUL GAGAL ATASI MASALAH RAKYAT, SELAR WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI




SANDAKAN :  Banyak masalah yang berlaku di Pasar Umum bandar yang tidak dapat diselesaikan sehingga kehari ini oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).


Antaranya kebocoran siling, banyak kipas angin tidak berfungsi dan beberapa tempat kotor; semua masalah yang timbul ini nampaknya pihak MPS memang sengaja membiarkan perkara itu terus berlaku dengan tujuan untuk menimbulkan kemarahan dalam kalangan para penjaja atas kelemahan-kelemahan pentadbiran MPS.

Aduan mengenai fenomena itu diterima pagi tadi daripada beberapa orang penjaja yang menemui  Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong  yang secara kebetulan  beliau dan rombongan  yang terdiri daripada ahli-ahli DAP berada di pasar berkenaan ketika  membahagi-bahagikan Kad Ucapan dan jemputan rumah terbuka Tahun Baru Cina.

“Sepatutnya pihak MPS harus peka dan prihatin terhadap apa jua masalah yang berlaku di pasar umum itu dan mengambil langkah-langkah alternatif seperti  membaiki segala kerosakan bukannya membiarkan begitu sahaja sehingga menyusahkan rakyat yang mana dengan tindakan pihak MPS itu tidak selaras dengan cogan kata ‘Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan’,”ujar Wong. 

Wong berkata  perkara ini ianya boleh diselesaikan dengan mudah kalau semua laporan yang diterima daripada para penjaja yang membuat aduan diambil tindakan segera.

“Bukankah  MPS telah melantik bebarapa orang ahli majlis (Kaunselor) yang memegang peranan masing-masing dalam satu-satu tugasan yang dipertanggungjawabkan, lalu kenapa kaunselor-kaunselor yang menjaga bahagian pasar mereka tidak membuat tinjauan untuk memantau segala keperluan para penjaja yang bermasalah,” ujarnya lagi.

“Kalau semua kaunselor yang tidak lantik itu mempunyai rasa tanggungjawab dalam melaksankan satu-satu ketagori  tugasan yang diberikan saya rasa semua masalah-masalah kecil dapat diatasi dengan mudah. 

“Ini semuanya disebabkan oleh kegagalan para kaunselor untuk membuat tinjauan ke satu-satu tempat yang bermasalah lantaran segala masalah kecil yang dibiarkan  begitu saja berterusan menjadi besar” katanya.


No comments:

Post a Comment