Sunday 1 February 2015

PELAUH 'NO' TAMADDUN ATAU SABAHAN MINDA KELAS KAMBING?


Oleh : Mas Ayu



WELCOME TO MALAYSIA.......sah dan dengan rasminya warga Pelauh menjadi rakyat Malaysia (lelaki ini dipercayai warga Filipina berbangsa Suluk mengaku Pelauh demi mendapat ID Pelauh)


Saban hari, masalah Pelauh yang merempat dan membuat penempatan di pesisir pantai timur Sabah semakin hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat, para NGO dan juga para pemimpin tempatan. Namun, masalah berkenaan kian berlarutan dan menjadi parah apabila Pelauh semakin berani meminta sedekah di seluruh pelusuk bandar bahkan menjadikan itu sebagai pekerjaan tetap mereka.


Kejadian mengemis dalam kalangan Pelauh sebenarnya sudah menjadi tabiat harian malah menjadi tradisi sehingga menjadikan aktiviti mengemis sebagai satu pekerjaan yang tetap dan popular.

Mereka bukan sahaja mengemis di sekitar pekan malah tidak segan silu mengunjungi masjid untuk meraih simpati para jemaah masjid dengan berpakaian yang tidak menutup aurat sehingga mendedahkan payudara mereka yang sedang menyusukan anak mereka.

SEKSI....di hadapan Masjid Ar Raudah Lahad Datu



Dalam hal ini, di manakah letaknya maruah wanita dan perasaan kemanusiaan kita terhadap Pelauh yang mengemis dengan cara tidak senonoh ini?

Mungkin ramai di antara kita selalu alpa bahawa Pelauh yang merempat dan mengemis ini sebenarnya tidak kenal erti TAMADDUN kerana majoriti Sabahan amat jengkel terhadap golongan ini setiap masa. 

Memang tidak dinafikan bahawa cara Pelauh yang mendesak meminta wang agak keterlaluan dan menakutkan. Malah, kanak-kanak Pelauh dengan beraninya mengejar sesiapa yang ditemui untuk meminta wang, jika enggan mereka akan mengugut dan memaki dengan perkataan yang kesat. Bukan itu sahaja, malah mereka cuba menggertak dan menarik-narik lengan kita memaksa diberikan wang sekurang-kurangnya RM1, kalau kurang dari nilai itu maka dilempar semula ke muka kita. Sungguh menakutkan!

Namun, apabila kita berfikir sedalamnya punca mereka menjadi demikian dari A hingga ke Z, adakah wujud persamaan kita sebagai masyarakat bertamaddun dengan mereka ini? 

Persamaan ketara dari segi fizikal adalah mereka juga manusia seperti kita dengan pelbagai bangsa dan keturunan yang ada di dunia ini. 

Namun, perbezaan dari segi kognitif, sosial dan emosi itulah sangat ketara berbanding dengan insan-insan lain yang membesar dalam keadaan sempurna. 

Umpamanya; sedari kecil, mereka hanya bergaul dalam persekitaran komuniti Pelauh itu sendiri kerana tiada satu pun komuniti lain yang sudi menerima kehadiran komuniti mereka. Apa yang mereka dapat hanyalah makian, hinaan dan cacian semata-mata. 

Ada masanya terdapat beberapa individu atau NGO yang prihatin terhadap permasalahan komuniti Pelauh yang merempat ini. Malangnya mereka dibiasakan dan dimanjakan dengan pemberian makanan seharian seperti beras, gula dan lain-lain sehingga mereka makin malas untuk berusaha.

Ada juga NGO dari beberapa kumpulan United Nation (UN) dan kumpulan Paderi dan Gereja yang cuba mendekati mereka dengan memberikan pendidikan anak-anak Pelauh ke Sekolah HUMANA terdekat, namun atas masalah pengangkutan dan faktor dalaman barangkali maka anak-anak ini tidak lagi datang ke sekolah seperti biasa.

Lalu, apakah kita harus setiap masa ‘barking up the wrong tree’ pada keadaan dan penampilan bandar atau pekan yang dicemarkan oleh Pengemis Pelauh ini? Menyalak sepuasnya tidak akan mampu menyelesaikan masalah pencemaran imej bandar oleh Pelauh.

Apakah mereka punyai agama? Sudah tentu tidak! Mereka bukan sahaja tidak dapat membezakan halal dan haram sesuatu perkara malah tidak mempunyai destini hidup yang sebenar. 

Bahkan, ibu bapa Pelauh ini sanggup mencari wang untuk membelikan anak mereka ‘gam kasut’ sebagai ‘ubat kuat’ atau ‘makanan tambahan’ (bagi istilah mereka yang jahil) agar anak-anak ini lebih berani dan aktif mengemis. Jika anda tidak percaya, cuba perhatikan rentak kehidupan mereka setiap saat cukup untuk sehari!

BAGAIKAN DI SYURGA....kanak-kanak Pelauh ini dibekalkan sebungkus Gam oleh ibu mereka sendiri setiap hari walaupun sepatutnya tempat mereka sepatutnya berada di Sekolah!

Penulis pernah membawa sekumpulan pelajar Master dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mengkaji masalah Pelauh merempat yang di anggap sebagai ’Tidak Berwarganegara’ ini. 

Alangkah terkejutnya mereka apabila disoal kesemua kanak-kanak berkenaan siapakah Tuhan mereka. Lantas mereka menjawab Tuhan mereka adalah Yesus. Tersedak dan tidak terkata pelajar Master berkenaan sehingga pulang ke Semenanjung dalam keadaan diam seribu bahasa. 

Kini, dalam kesibukan Ahli Politik kita sibuk berpolitik tentang wang dan projek, maka makin banyak pendedahan kita tentang ketidak acuhan kita terhadap golongan Pelauh yang merempat ini.

Sangatlah terpuji buat Kerajaan kerana telah mewujudkan satu persatuan khusus buat warga Pelauh , Koperasi Masyarakat Bajau Laut Pelahu Lahad Datu Berhad KOMBALA yang dipengerusikan oleh Ab Rosdy Sairuna, namun agak menghairankan kerana yang menyertainya bukannya Pelauh asli tetapi seolah-olah kerabat dari negara Filipina yang terlalu kelat percakapan mereka. 

Sebilangan Pelauh moden memang ada sudah pun yang berjaya menjadi Doktor, Paderi, Imam, bekerja dalam bidang politik dan sebagainya. Bagaimana dengan sisa-sisa yang ada kini?

Adakah setelah UN memberi pengiktirafan Pelauh sebagai komuniti tidak bernegara ini maka kita perlu bersedia menerima kehadiran mereka walaupun negara Malaysia bukan negara dunia ketiga?

Jika benar kita menerima mereka, sejauh mana masyarakat kita mampu menerima mereka? Adakah Pelauh merempat ini bodoh atau pun masyarakat kita yang jahil dan berminda kelas kambing? 

No comments:

Post a Comment