Saturday 21 February 2015

PEMLIK HP 01116006768 AKAN BUNUH WARTAWAN KANAN SABAHKINI.NET


OLEH: AZMI AZMAN



SANDAKAN : Wartawan Kanan Sabahkini.net  Shaimon S Jumadi (gambar) malam tadi telah menerima mesej dan panggilan handphone dari seseorang yang tidak dikenali dengan menggunakan nombor  01116006768.

Mesej yang dikirim berbentuk ugutan dan ancam bunuh, cacian dan melalui  panggilan pula memberitahu bahawa ada orang yang  akan metelak bom ikan di rumah Taman Mesra Blok 17.


Shaimon yang  ditemui di kediamannya menunjukkan mesej yang diterima daripada pengirim, memang sah beliau akan dibunuh termasuk seluruh anggota keluarga, satupun tiada yang tinggal.


Bom Ikan....bakal membunuh Shaimon dan keluarganya menurut ugutan berkenaan


Namun keluarga sebelah Saimon dan sebelah isterinya kini sedang bersiap sedia berdepan dengan orang yang mengancam, dikatakan kemungkinan akan  berlakunya perkara buruk yang menimpa orang yang membuat ancaman itu.

Nombor handhone 01116006768 sudah pun dihantar kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)  untuk mendapat pengesahn siapa pemiliknya untuk memudahkan pihak polis menjejaki orang yang menggunakan nombor itu.

“Orang yang mengancam saya menggunakan hensed  memang  bodoh sebab ianya dapat dikesan oleh pihak SKMM dan polis pada masa terdekat ini” katanya.

Kata Saimon lagi, motif pembunuhan  itu berdasarkan ugutan supaya saya letak jawatan daripada Wartawan Sabahkini.net  kerana tulisan saya  banyak berkisar  kepada pembongkaran hal-hal songsang.


“Saya tidak akan tunduk terhadap apa-apa ugutan, apa yang saya buat adalah untuk kebaikan daripada keburukan sejajar dengan konsep Sabahkini: ‘MEMBONGKAR KEBENARAN –MEMPERTAHANKAN KEJUJURAN’, “ Ujarnya.

1 comment:

  1. KALAU MAHU BUNUH BUNUHLAH APA LAGI SAYA TIDAK AKAN TUNDUK SEBARANG UGUTAN

    ReplyDelete