Tuesday 17 February 2015

PENJARA LIMA TAHUN ANWAR TIDAK GUGAT PERJUANGAN PR-DAP


OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Sandakan Stephen Wong berkata kelmarin  walaupun Awnar Ibrahim di penjara selama lima tahun  dan merupakan hari  gelap dan juga  satu tamparan bagi Pakatan Rakyat namun  DAP akan meneruskan perjuangan demi keadilan untuk  masa depan yang lebih baik untuk rakyat jelata.


Wong percaya bahawa ramai rakyat Malaysia berasa amat kecewa atas hukuman Anwar dalam kes liwat, kerana sistem kehakiman tidak adil, keadilan yang tidak dapat ditegakkan.

Wong berpendapat bahawa, Anwar dihukum penjara 5 tahun dalam kes liwat kali kedua ini, menunjukkan sistem kehakiman negara ini tidak adil, Malaysia juga kehilangan arah bermula pada saat itu.

Beliau berkata, Ahli Parlimen menggubal undang-undang, tetapi pihak kehakiman pula tidak hormat pada undang-undang, hal ini amat mengecewakan.

Wong berkata, masyarakat antarabangsa termasuk US Embassy, Amnesty International, Human Right Watch, organisasi antarabangsa dan banyak negara yang lain turut mengutuk keras hukuman tersebut, ini menunjukkan ketidakadilan sistem kehakiman di Malaysia telah menjadi bahan lawak antarabangsa.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah berkata, kini DAP akan terus tabah dan maju ke depan, teruskan perjuangan ke arah keadilan dan kepentingan rakyat, memperjuangkan masa depan yang lebih cerah untuk rakyat.

Selain itu, sempena Tahun Baru Cina, DAP Sandakan akan mengadakan Rumah Terbuka pada 28 Februari (Sabtu), pukul 10 pagi hingga 1 petang di Restoran Kenalanmu batu 4, rakyat Sandakan dijemput hadir dan meraihkan perayaan ini bersama-sama. 


No comments:

Post a Comment