Saturday 14 February 2015

PIBG PENGGERAK KEMAJUAN SEKOLAH


ALBUM KENANGAN… Mohd Fadzlee (duduk empat dari kanan) dan YDP Baru  Ak Basirun Haj Pg Ibrhaim ( duduk tiga dari kanan) Guru Besar Sk Pekan Jamie Mohd Rapiee (duduk dua dari kanan) bersama barisan baru kepimpinan PIBG Sk Pekan Menumbok untuk sesi 2015-2017


MENUMBOK: Fungsi serta peranan Persatuan Ibubapa Guru (PIBG)  amat penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah.


Bekas Yang Dipertua (PIBG) Sk Pekan Menumbok Haji Mohd Fadzlee Abdullah berkata, fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia.


AMANAT…Amanat terakhir dari Mohd Fadzlee sebagai Yang Dipertua PIBG Sk Pekan Menumbok

Sehubungan dengan itu Mohd Fadzlee yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort berkata,  PIBG perlu bertindak sebagai entiti utama, membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat serta maklumat mengenai pendidikan semasa dan method meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar dimana pembangunan modal insan perlu dengan tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri pelajar.

“Peranan PIBG adalah  sebuah entiti utama dalam sesebuah sekolah peranannya adalah sebagai rakan kongsi sekolah dalam menyelesaikan masalah dan  isu  lain yang timbul. Badan ini juga bertindak sebagai wadah, forum dan khidmat bakti untuk kemajuan serta pembangunan pelajar dan sekolah” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Agung (PIBG) Sk Pekan Menumbok di dewan  Harmoni sekolah tersebut baru baru ini.


SOKONGAN…Antara ibubapa pelajar yang hadir ke mesyuarat agung tersebut


Beliau yang tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan kali ini ,berharap barisan kepimpinan PIBG Sk Pekan Menumbok yang baru dipilih akan terus memainkan peranannya  dalam melaksanakan perkongsian pintar dengan pihak sekolah khususnya dalam memperkasakan tahap dan mutu pencapaian akdemik pelajar 

“Melalui kepimpinan dan pentadbiran PIBG yang cekap dan profesional, maka tidak mustahil sistem pendidikan di negara kita bakal berada dalam keadaan yang harmoni, kreatif, inovatif, akomodatif, moden serta ekonomik sepanjang masa” katanya

Sementara itu Guru Besar Sk Pekan Menumbok Jamie Mohd Rapiee ketika berucap di majlis tersebut menzahirkan penghargaan dan terima kasihnya kepada PIBG Sk Pekan Menumbok dibawah pimpinan Haji Mohd Fadzlee Abdullah sebelum ini yang  begitu komited memberikan sokongan serta kerjasama dalam menentukan kejayaan sekolah tersebut dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum 

Beliau berharap usaha-usaha yang dilaksanakan  oleh kepimpinan PIBG sebelum ini akan terus diperkasakan oleh barisan  kepimpinan PIBG yang baru dipilih.

“Dengan adanya kerjasama erat antara pihak sekolah, guru-guru,PIBG khususnya ibubapa ,perkongsian pintar ini akan menjadi  medan  agar kemajuan pendidikan di  sekolah ini bergerak maju ke hadapan , seimbang dan seiring dengan peredaran zaman.” Katanya

Katanya, melalui kepimpinan dan pentadbiran PIBG yang cekap dan profesional, maka tidak mustahil sistem pendidikan di negara kita bakal berada dalam keadaan yang harmoni, kreatif, inovatif, akomodatif, moden serta ekonomik sepanjang masa.
Semantara itu dalam mesyuarat agung tersebut Ak Basirun Haj Pg Ibrhaim dipilih sebagai Yang Dipertua PIBG Sk Pekan Menumbok yang baru bagi sesi 2015-2017 yang dibantu oleh Nahim Jamil sebagai Timbalan Yang Dipertuanya. 

No comments:

Post a Comment