Wednesday 25 February 2015

ROSNAH LAWAT RUMAH WARGA TUA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA




SERAH SUMBANGAN….Kelihatan Rosnah ketika menyerahkan sumbangan dan Ang Pow kepada salah seorang warga emas sempana kunjungan tersebut


MENCERIAKAN…Kehadiran Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Hajah Rosnah Abdul Rahid Shrilin ke Rumah Warga Tua Sri Prichad Kinarut Papar sempana sambutan Tahun Baru Cina   baru-baru ini menceriakan warga emas yang tinggal di rumah tersebut.


Selain hadir bagi menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada sebilangan warga emas yang  merayakan sambutan, Rosnah juga  bertanyakan khabar di samping turut menyampaikan sumbangan Ang Pow serta  keperluan makanan kepada warga emas yang tinggal di pusat penempatan warga emas ini.

Menurut Rosnah, kunjungan tersebut amat siginifikan dengan nilai kasih sayang serta mengingati warga emas lebih-lebih lagi mereka yang tidak berpeluang untuk balik ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Turut serta dalam kunjungan tersebut adalah Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Papar  Fahzean Mohiddin, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerjaraya Hadi A Kassim dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Papar Hj Talib Abd Rahim.



GALERI ACARA :



GEMBIRA…Seorang warga emas yang tidak berdaya berjalan menerima ang pow dari Rosnah semasa kunjungan tersebut




INGATAN..Kakitangan Rumah Warga Tua Sri Prichad Kinarut turut menerima sumbangan dari Rosnah semasa kunjungan tersebut

No comments:

Post a Comment