Monday 16 February 2015

RUMAH KANAK-KANAK DON BOSCO TERIMA LAWATAN AMAL



Dr. G. Mohan, Pengarah Hospital Tuaran menyampaikan sumbangan kepada Sr. Anne Marie, wakil Pengurus Rumah Kanak-kanak Don Bosco, Kundasang


RANAU: Hospital Tuaran telah mengadakan lawatan amal ke Rumah Kanak-Kanak Don Bosco di Kampung Bundu Tuhan, Kundasang baharu-baharu ini bersempena dengan sambutan Krismas, Tahun Baharu 2015 dan Tahun Baharu Cina.


Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan dari daerah Tuaran.

Lawatan amal ini merupakan salah satu takwim yang dijalankan oleh Hospital Tuaran pada setiap tahun.

Rombongan lawatan ini disertai oleh seramai 30 orang kakitangan Hospital Tuaran yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr. G. Mohan A/L A.Gopal Naidoo.

Beliau dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa aktiviti seperti ini telah menjadi salah satu agenda utama hospital kerana menurut beliau, kesemua 90 orang kanak-kanak di  rumah ini juga memerlukan kasih sayang seperti kanak-kanak lain, maka dengan lawatan ini sedikit sebanyak akan dapat menceria dan menggembirakan mereka khasnya semasa musim perayaan sebegini.

Beberapa akitiviti menarik turut diadakan semasa lawatan tersebut antaranya adalah persembahan nyanyian dan tarian yang disampaikan oleh kanak-kanak rumah ini.

Sumbangan berupa wang tunai, makanan dan barang-barang keperluan harian turut disampaikan dan diterima oleh wakil Pengurus Rumah Kanak-Kanak Don Bosco iaitu Sr. Anne Marie.



No comments:

Post a Comment