Monday 2 February 2015

SAMSUDIN RASMI KEJOHANAN BOLA TAMPAR ANJURAN PEMUDA UMNO


OLEH: SHAIMON S JUMADI



BATU SAPI :  Melibatkan diri  dalam  pelbagai jenis arena sukan sememangnya digalakan kaum belia untuk menyertai satu-satu jenis sukan yang digemari.


Dengan itu, pihak kerajaan melalui  Kementerian Belia dan Sukan banyak membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina gelanggang-gelanggang termasuklah kompleks sukan di satu-satu kawasan dalam setiap daerah.

Dalam penglibatan kaum belia  dalam arena sukan, ianya bukan sekadar untuk menyihatkan tubuh badan, rohani dan mental bahkan juga sekaligus untuk mengindari para belia  terjebak daripada melakukan perkara-perkara negatif seperti terlibat dalam pengambilan dadah.

Ketua Bahagian UMNO  Batu Sapi yang juga ADUN Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya berkata demikian ketika menyempurnakan Kejohanan Bola Tampar  anjuran Pergerakan Pemuda Bahagan UMNO Batu Sapi di Dewan Masyarakat  Batu 8 Jalan Labuk Kelmarin.

Penglibatan para belia ke arena sukan selain bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru  untuk mempertabatkan sukan bola tampar  di persada tanah air, ianya juga menjurus membentuk perpaduan yang erat dalam kalangan para belia majmuk.

“Saya harap kejohanan sukan bola tampar yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Batu Sapi tidak hanya sampai di sini sahaja namun sebaliknya ianya dijadikan satu acara kesukanan  tahunan  untuk menerap nilai-nilai murni dan  semangat jati diri generasi muda dalam membetuk  budaya sihat” katanya.


No comments:

Post a Comment