Tuesday 10 February 2015

WANITA UMNO SANDAKAN BERJAYA DAFTAR PEMILIH BARU SPR 3,200 ORANG


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Program Gerakan Daftar Pemlih bagi pengundi baru dan penukaran alamat tempat penggundi anjuran Pergerakan Wanita Bahgan UMNO Sandakan yang dikendalikan oleh phak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diadakan di depan perkarangan Hotel Ibis Water Front mendapat sambutan yang luar biasa.


Program yang dimulakan pada jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang telah dianggarkan lebih 700 orang sama ada daftar pemilh baru dan membuat penukaran alamat pada hari pertama dilancarkan.

Sementara mendaftar menjadi Ahli UMNO Sandakan pada hari pertama dibuka, Wanita UMNO Sandakan telah berjaya  menerima pendaftaran kemasukan  ahli UMNO sehingga mencecah seramai 2,300.



Dijangka pada hari esok lebih ramai bakal mendaftar sama ada untuk daftar pemilih baru atau mendaftar  untuk kemasukan menjad ahli UMNO Sandakan yang mana dianggarkan akan mencecah 4,500 orang.

Dalam taklimat ringkas Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Norani  Sulong antara lain menjelaskan, kemasukan beramai-ramai ke UMNO Sandakan ini dijangka akan bertambah  sehingga 3,000 hingga 4,000 orang, sementara  pendaftaran pemilih baru SPR termasuk penukaran tempat mengundi di kedua-dua kawasan zon Elopura dan Zon Tanjung Papat akan bertambah 3,500 orang.

Ini satu yang penanda baik kepada UMNO Sandakan kerana dengan penambahan ahli baru yang begitu ramai berbanding dengan bahagian-bahagian UMNO lainnya ianya boleh dikategorikan untuk dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Record. 


Begitu juga ramai pengundi-pengundi  dari kawasan lain, mereka yang tinggal di Taman Mesra, 90 peratus daripada mereka telah menukar undi di kawasan Elopura; ini salah satu sebab mereka menukar tempat mengundi baru kerana  alamat mereka yang  tercatat di Taman Mesra  Batu 4 Jalan Utara.

No comments:

Post a Comment