Friday 27 March 2015

Agensi Di Bawah KKLW Bantu Mangsa Kebakaran Di Bangau Bangau, Razak



BERSIMPATI... Razak (duduk) ketika bertanyakan keadaan kesihatan seorang mangsa warga emas yang kini ditempatkan sementara di Dewan masyarakat Semporna semasa lawatan tersebut.



SEMPORNA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memastikan agensi-agensi di bawah kementerian tersebut seperti Kemas, Risda ,Yayasan Pendidikan  Mara  selain Majlis Keselamatan Negara turut membantu mangsa-mangsa kebakaran rumah atas  air di kampung Bangau Bangau yang berlaku pada awal pagi Rabu lepas.




BANTU...Razak ketika memapah seorang warga emas yang cedera semasa menyelamatkan diri dari kebakaran tersebut semasa lawatan beliau ke pusat penampatan sementara di Dewan masyarakat Semporna.



Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato Razak Tun Sakaran berkata, bantuan ini perlu diberikan memandangkan mangsa yang terlibat ada yang gagal menyelamatkan harta benda mereka semasa kejadian tersebut, selain tanggungjawab sosial agensi berkaitan kepada masyarakat.

Menurut Razak, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Haji Mohd Shafie Haji Apdal ada memaklumkan kepada beliau mengenai perkara tersebut dan ianya akan diselaraskan sebaik sahaja proses pendaftaran mereka yang terlibat diselesaikan.


MENELITI...Razak ketika meneliti kerja kerja pendaftaran mangsa yang terlibat di Dewan Masyarakt Semporna semasa lawatan tersebut


Dalam kejadian pagi rabu lepas, dianggarkan sebanyak 300 orang ketua isi rumah terlibat dalam kebakaran tersebut melibatkan kira kira 2,500 mangsa dan dianggarkan sebanyak 233 buah rumah terlibat dalam kebakaran tersebut.

“Ketika ini, keutamaan kita adalah memastikan mereka yang terlibat mendapat bantuan awal seperti penempatan sementara, bekalan makanan dan juga keperluan ubat-ubatan kerana ada mangsa yang terlibat warga emas, mengalami kecederaan ringan semasa menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan dan menemui mangsa-mangsa yang terlibat di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Masyarakat Semporna Dewan Belia Semporna dan Dewan Serbaguna Kampung Bangau-Bangau.



KESAN...Razak ketika meninjau lokasi kejadian kebakaran semasa lawatan tersebut


Sambil melahirkan rasa simpati Razak yang juga Ketua Penerangan Umno bahagian Semporna berharap, mereka yang terlibat agar bersabar  dan bantuan awal yang sewajarnya telah pun disalurkan berupa makanan dan bantuan kebajikan mangsa kebakaran yang kini ditempatkan di dewan orang ramai untuk tempoh sementara waktu.

Sementara itu di Kemaman  Terengganu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Ahli Parlimen Semporna menegaskan semua rumah atas air yang musnah dalam kebakaran di Kampung Bangau-Bangau awal pagi tadi akan dibina semula.

Beliau  turut melahirkan rasa sedih dengan tragedi itu berkata pembinaan semula rumah mangsa adalah menerusi peruntukan yang akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya bersimpati dengan dengan apa yang berlaku di kawasan Kampung Bangau-Bangau, kami akan bina semula semua rumah yang musnah menerusi peruntukan MKN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Cakna Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama warga Felcra Bhd di Felcra Seri Bandi dekat sini kelmarin.




BERMESRA...Razak beramah mesra dengan kanak-kanak semasa melakukan ziarah di Dewan Masyarakat Semporna

No comments:

Post a Comment