Wednesday 11 March 2015

AHLI PARLIMEN KINABATANGAN DI MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KE TIGA PARLIMEN KE 13


BERTEMU SEMULA...Bung (dua dari kanan) bersama Ahli Parlimen Johor  Bahru Tan Sri Datuk Seri Shahris Abdul Samad, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato Seri Abd.Khalid Ibrahim (tiga dari kanan) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Muar Dato Razali Ibrahim  mengabadikan gambar kenangan sebelum perasmian mesyuarat tersebut.



SIDANG PARLIMEN : Setelah bercuti dari persidangan, ahli-ahli Parlimen dipertemukan semula pada Mesyuarat pertama, penggal ketiga Parlimen Ke-13 bermula isnin lepas; majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut menyaksikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.


Hadir sama pada majlis Perasmian ini, Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Pengerusi Felcra Berhad Datuk Bung Moktar Radin yang akan  turut mengambil bahagian dalam perbahasan bagi membawa isu-isu pembangunan bukan sahaja untuk rakyat di kawasan Kinabatangan namun meragkumi  masalah serta keperluan rakyat Sabah secara keseluruhahnnya.




BERSEDIA.. Bung bersama Ahli Parlimen yang lain bersedia di dalam dewan persidangan bagi menunggu upacara perasmian Mesyuarat pertama, penggal ketiga Parlimen Ke-13  yang disempurnakan majlis perasmiannya toleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

No comments:

Post a Comment