Sunday 8 March 2015

Bad Policies at District Level



ADUN Likas Junz Wong mengesyaki wujud banyak polisi yang tidak adil dilaksanakan di peringkat daerah. Polisi sebegitu didapati ‘membuli’ peniaga-peniaga kecil tempatan dan perkara ini tidak diketahui Kementerian Kerajaan Tempatan.

Menurut Junz , perlaksanaan polisi yang berat sebelah telah banyak menyusahkan para peniaga. Salah satu contohnya ialah di pasar lama Tenom.


Peniaga di pasar lama Tenom telah menerima tuntutan secara lisan tanpa surat rasmi yang menyatakan perihal kenaikan sewa oleh sebuah syarikat swasta bernama Able Action Development Sdn Bhd.

Justeru, untuk merungkai permasalahn tersebut, Junz mahu sebuah dialog diadakan antara para peniaga dan pihak syarikat tersebut.

“Adakah Kementerian Kerajaan Tempatan begitu juga dengan Majlis Daerah Tenom tahu mengenai kenaikan ini?” soal Junz.

“Buat masa ini pihak peniaga tidak akan bayar sesen pun kepada syarikat swasta itu hinggalah dialag diadakan untuk memperjelaskan perkara seperti berikut:

i)              Bagaimana syarikat swasta ini menetapkan kadar sewa yang baharu?

 Bagaimana sesetengah peniaga dikenakan kenaikan dari RM900 kepada RM2400 manakala sebahagian lain pula dari RM1400 hingga RM2400.

 Ada salah seorang peniaga dikenakan kenaikan dari RM50 kepada RM500.

 Dua peniaga yang sebelum ini membayar sewa sebanyak RM300 kini telah dinaikkan kepada RM400 manakala seorang lagi dikenakan sebanyak RM450. Apa rasional kenaikan ini?

“Formula untuk menetapkan kenaikan baru ini perlulah adil,” kata junz.

 ii)             Peniaga tidak mampu bayar kenaikan sewa baru, perlu ada rundingan luntuk mengurangkan kadar sewa.

Sila rujuk gambar yang diambil pada sebelah petang Ahad, 1 Mac 2015. Lihatlah kawasan kedai kopi yang sunyi sepi dan menyedihkan di pasar lama Tenom.

Selain itu, salah satu contoh polisi yang membebani masyarakat Keningau  ialah rancangan sistem parkir.

“Melaksanakan rancangan system meletak kenderaan di Keningau buat masa ini bagi saya adalah tak kena pada masa. Tujuannya adalah untuk mengawal lalu lintas di Keningau. Memang tak boleh diterima, mengarut!” jelas Junz.

“Keningau bukan Kota Kinabalu. Kita tak perlu buat sistem seperti ini semata-mata untuk kawal lalu lintas dan parkir,” kata Junz yang kemudian menambah bahawa bandar Keningau merupakan Bandar yang tidak sesak.

Katanya lagi, pihak peniaga berharap lebih banyak aktiviti berlangsung untuk meningkatkan pendapatan mereka.

“Dengan melaksanakan sistem parkir di Keningau, ia akan memusnahkan harapan golongan muda untuk menetap di Keningau selain dari kekurangan peluang perniagaan.

Jadi, Junz mencadangkan, jika pihak majlis daerah Keningau serius dan jujur untuk menangani masalah di Bandar Keningau, sebuah bangunan parkir bertingkat di Keningau perlulah didirikan.

Junz yang juga Setiausaha Organisasi DAP Sabah percaya, masih wujud banyak lagi kes melibatkan perlaksanaan polisi yang tidak betul oleh pihak berkuasa tempatan manakala Kementerian Kerajaan Tempatan pula menyepi.


“Sekali lagi saya menggesa Kementerian Kerajaan Tempatan untuk menyemak dan menilai semua segala polisi-polisi yang dilaksanakan pihak berkuasa tempatan yang mana telah membebankan pemilik-pemilik perniagaan kecil dan masyarakat tempatan di bandar kecil,” simpul Junz.

No comments:

Post a Comment